Pages

Monday, October 7, 2013

Shahrizat jadikan SPRM ‘kambing hitam’ untuk minta simpati Najib



Dalam cubaan meneruskan karier politik beliau, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilihat amat terdesak sehingga sanggup menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai kambing hitam apabila menyalahkan agensi berkenaan kerana menyiasat kes salah laku rasuah pegawai di bawahnya.

SPRM diketahui mempunyai kredibiliti yang berwibawa ketika menjalankan tugas, namun Shahrizat yang pernah disiasat ekoran penglibatan keluarganya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seakan meroyan apabila pegawai-pegawai di bawahnya disiasat SPRM berhubung skandal penyelewengan Program 1 Azam.

Sumber berkata, ekoran tindakan SPRM itu, Shahrizat telah menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meminta beliau menjelaskan situasi sebenar, sedangkan SPRM menjalankan tugas mereka tanpa mengira darjat dan kedudukan individu.

Shahrizat juga dikatakan telah mereka cerita mengatakan beberapa Ketua Wanita Umno Bahagian telah disiasat SPRM, sedangkan perkara seumpama itu tidak pernah berlaku.

Sumber berkata, Shahrizat meminta simpati Perdana Menteri dengan mengatakan beliau dan ketua wanita yang kononnya disiasat itu telah dianiaya oleh SPRM.

Salah seorang Ketua Wanita Umno yang dikatakan Shahrizat telah disiasat adalah dari selatan tanah air, namun sumber mengesahkan tiada sebarang siasatan dibuat terhadap mereka.

Mereka yang ketakutan itu jelas sumber cuba bersembunyi disebalik karier politik Shahrizat kerana khuatir SPRM akan mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan mereka.

Mereka percaya, mengunakan Shahrizat sebagai benteng akan membuatkan mereka kebal daripada sebarang tindakan SPRM.

Disebabkan perkara itu, Shahrizat mula tidak senang duduk apabila beberapa pegawai yang dipercayainya dikatakan telah disiasat badan pencegah rasuah berkenaan.

Untuk Shahrizat, jangan menjadikan SPRM sebagai mangsa ketakutan, dan mereka yang berada di belakang Shahrizat adalah individu yang mencemarkan nama baik SPRM dan mencalarkan imej SPRM di mata masyarakat.

SPRM hanya menjalankan tugas mereka sebagai badan yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah negara membanteras gejala rasuah, dan usaha itu hanya akan berjaya dengan penglibatan semua pihak.

SPRM juga mempunyai hak untuk menyiasat sesiapa sahaja tanpa mengira parti, warna kulit dan pegangan agama. Jika ini menjadi amalan mereka, ssuatu hari nanti kelompok inilah yang akan menghancurkan negara.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...