Pages

Monday, October 7, 2013

Suraya Yaakob Mampu Beri Nafas Segar Dalam Wanita Umno




Dengan usia yang sudah melangkau 67 tahun, Umno kini dilihat sudah terlalu tua untuk terus kekal relevan dipersada politik tanah air.

Dalam keadaan yang sebegini, pastinya satu pembaharuan perlu dilakukan dalam usaha untuk meremajakan semula parti politik terbesar Melayu dan Bumiputera itu.

Perubahan ini tidak dapat dielakkan apatah lagi keputusan PRU13 yang lalu memperlihatkan Umno sebagai tunjang parti dalam BN gagal memikul tugas untuk memikat hati 42 peratus pengundi muda.

Situasi ini memerlukan Umno untuk memilih lebih ramai pemimpin dimana usia mereka tidak jauh daripada generasi muda kini untuk menarik hati dan minda mereka.

Walaupun angka bukan melambangkan sesuatu kematangan dalam kepimpinan, peranan mereka yang lebih muda dalam politik dikatakan sangat penting dalam usaha menarik pengundi yang terdiri daripada belia.

Justeru itu, pencalonan Datuk Suraya Yaakob untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno diharap mampu memberi sumbangan berguna khususnya dalam membawa hasrat orang muda.

Berbekalkan pengalaman memimpin Puteri dahulu, Datuk Suraya telah membuka satu lembaran baru kepada pemimpin muda untuk membawa suara orang muda dengan lebih berkesan sekaligus sebagai generasi pelapis untuk memimpin Umno dimasa akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dalam kenyataannya telah menasihati parti Melayu itu agar melantik pemimpin muda kerana ia sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".

"Ini naluri manusia. Lambat-laun manusia akan menemui ajalnya," kata Dr Mahathir.

Menurut beliau, hanya dengan kepimpinan orang muda, Umno akan dapat meneruskan legasi mereka untuk terus memerintah negara ini.

"Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu," katanya dipetik dari akhbar berbahasa Malaysia baru-baru ini.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...