Pages

Tuesday, October 5, 2010

Raja Adil Raja Disembah, Raja Petra Raja Disanggah


Di dalam artikel aku ‘Siapa Raja di hati pembangkang?’ aku ada menceritakan beberapa peristiwa yang menunjukkan betapa BIADAPNYA AHLI2 POLITIK PARTI PEMBANGKANG terhadap institusi beraja di negara ini. Seperti yang aku katakana di dalam artikel tersebut, jika mahu diceritakan kisah PENGKHIANATAN mereka ini terhadap institusi beraja boleh mengambil masa lebih dari dua hari atau mungkin juga hampir SEBULAN.

Aku masih ingat lagi beberapa siri dakwaan pakatan pembangkang yang kononnya kerajaan BN melaksanakan ‘hukum rimba’. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, aku dapati yang lebih sesuai untuk dicop mengamalkan hukum rimba ini adalah pakatan pembangkang itu sendiri. Masakan tidak, lihat sahaja apa yang telah mereka lakukan di DUN Perak. Sudahlah Raja Dr Nazrin tidak dihormati, Timbalan Speaker, Hee Yit Foong yang kurang upaya itu turut dikasari.

Daripada pemerhatian aku juga, aku dapati blog-blog yang pro pembangkang ini memainkan sentiment menolak dan menghina raja secara melampau. Aku bukan mahu membuat pertuduhan melulu, tapi sesiapa sahaja boleh search di internet tentang isu menjatuhkan institusi beraja di negara ini. Dan bagi aku, tidak mudah untuk meneka siapa dalang di sebalik semua itu.

Biar aku berterus terang tentang dalang di sebalik cubaan tersebut. Bagi aku, usaha ini didalangi oleh MAKHLUK-MAKHLUK YANG GILA KUASA YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA. Aku definisikan makhluk-makhluk itu sebagai SANGAT TERDESAK UNTUK BERKUASA. Demi memastikan cita-cita mereka tercapai, mereka sanggup menggadaikan kedudukan raja di negara ini. Dan amat malang juga adalah mereka yang kebanyakkannya berbangsa melayu itu sanggup pula bersekongkol dengan parti yang sejak merdeka lagi sudah bercita-cita menjadikan negara ini sebuah negara republik.

Aku bukan bersikap serkap jarang dalam isu ini. Tetapi ianya jelas. HANYA ORANG BUTA HATI SAHAJA YANG TIDAK NAMPAK FENOMENA INI. Aku juga bukanlah mahu bersikap perkauman. Tapi inilah REALITI yang sedang berlaku di negara ini. Tidak keterlaluan jika aku katakan yang pada mereka menghina raja sudah dianggap sebagai hak demokrasi yang tidak boleh dipertikaikan.

Dan seperti yang aku katakan di dalam artikel yang terdahulu, pakatan pembangkang ini hanya akur dengan titah raja petra sahaja. Jika diungkit lagi tentang peristiwa yang berlaku selepas PRU 12 yang lalu di Selangor dan perak, raja petra telah melancarkan propaganda yang aku sifatkan sebagai PERSEDIAAN BELIAU MENJADI YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA.

Menurut BAGINDA RAJA PETRA ini, tindakan sultan Selangor dan perak mengambil sedikit masa untuk mengumumkan kerajaan baru adalah usaha baginda sultan berdua untuk membantu BN mengekalkan kuasa di kedua-dua negeri tersebut dan menghapuskan buiti penyelewengan kerajaan BN. Aku ingat lagi ketika aku masih menetap di shah alam, selepas titah raja petra itu maka ramailah RAKYAT JELATA yang TAAT kepada beliau mengerumuni bangunan SUK Selangor untuk memastikan kegusaran RAJA MEREKA tidak berlaku. Hebatnya beliau ini, hanya menggunakan dunia siber untuk bertitah tapi titahnya dijunjung sepenuh jiwa oleh rakyatnya. Tindakan kurang ajar baginda raja ini (AMPUN TUANKU PATIK CAKAP TUANKU KURANG AJAR-TAKUT DITIMPA TULAH) sudah tentu memberikan implikasi kepada kedudukan mulia raja.

Mungkin ramai yang sudah lupa atau HILANG INGATAN atau LUPA DIRI tentang wasiat yang disampaikan oleh raja-raja melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan perlembagaan persekutuan tanah melayu pada 5 ogos 1957. (generasi muda mungkin tidak tahu kerana tidak didedahkan dengan maklumat ini. –aku tahu pun kerana aku buat sedikit research). Terdapat tujuh wasiat raja-raja melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan kepada orang melayu khususnya jika kita bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Tujuh wasiat tersebut adalah:
• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia)
• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain

• Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara

• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja melayu memerintah negara ini

• Kami isytiharkan Islam adalah agama persekutuan

• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu

• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)


Bukan mahu bersifat perkauman, sekadar membuka minda. Renungkan, sekian.

3 comments :

Satyagraha said...

macam mana dgn tun mahathir yg melumpuhkan kuasa raja2 melayu sedekad lalu? Masa itu PKR PAS DAP belom bersatu. apa macam?

Raja ini org..berak taik sama hitam kalau takda raja kt malaysia ni pon rakyat perlu kerja keras.. zaman mesir kuno raja jd alat ahli nujum saja. sb tu firaun kena tendang..rakyat marah sb tahu makan hasil peluh rakyat.

Sultan selangor ada gundik nama kavita kaur..itu ke ketua agama islam negeri? Aku tak percaya daulat2 ni..membohong P/s aku bukan ahli mana2 parti aku pon x percaya parti politik ni..sama 2 kali 5

encik ketam said...

thanks r alfian cuz sudi bagi komen...

ok...bagi aku,tun m adalah seorg negarawan ulung yg x dpt ditandingi...tp mcm kata kau, dia pon org gak...berak taik sama itam...so die x terlepas dari wat keputusan yg salah...bg aku tindakan die mengurangkankuasa raja2 melayu tu ada implikasi buruk...ok,ramai yg claim kalau pembangkang jd kerajaan negara akan jatuh kepada org bukan melayu...aku setuju...kerana apabila diorg ade power diorg boleh pinda apa juga undang2 di mana raja tidak mempunyai kuasa untuk membantah...itu satu contoh aku bagi....ye,aku setuju raja juga org...tapi bagi kita masyarakat melayu kedudukan raja ini dipandang tinggi...cuba bayangkan apa kesan kepada org melayu jika tiada institusi beraja ini...aku pon x caye gak dengan daulat2 ni...tapi kite kena ingat pucuk pangkal...janganlah demi kepentingan sendiri budaya adat resam kite langgar...x cukup dgn tu kite hasut org dgn bda2 fitnah...lagi sakit bile org percaye...

aku pon sama mcm ko x percaya parti politik...tp bagi aku,aku selesa dengan apa yg da ade sekarang...mcm ckp ko,semua dua kali lima...sama je...so buat apa aku nak merisikokan diri aku kononnya hendak perubahan...pi mai pi mai tang tu jugak...

by the way thanks cuz sudi bg komen...

nadh::sanzo said...

knape ye org ske nk pertikaikan hal2 mcmni?mmgla kalau ikut logik akal ditmbh dgn keadaan smsa,da xlogik nk gne undang2 lme mcmtu..tp kte ni kne jgk fikir rasional dan berpandangan jauh ape sbnrnye yg tersirat dlm undang2 lme,perundangan ngra,etc2..jgn ambl yg tersurat je..tp xtaw la kn..pndangn rasional setiap org lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...