Sejak kebelakangan ini kita asyik didendangkan dengan keluhan pemimpin-pemimpin daripada parti politik pembangkang tentang beberapa isu yang melibatkan pilihanraya. Antara isu yang dibangkitkan oleh mereka adalah berkenaan penggunaan sistem biometrik, program pemutihan, cadangan menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya dan parliament select committee.
Kita boleh melihat betapa konsistennya mereka-mereka ini di dalam ‘memperjuangkan’ isu-isu tersebut. Mereka menggunakan pelbagai medium di dalam mempublisitikan ‘perjuangan’ mereka ini. Kita boleh lihat hampir setiap hari pasti akan ada berita mengenai isu-isu tersebut disiarkan di media terutamanya media baru.
Melihatkan prestasi mereka ini yang begitu konsisten menyerang isu-isu terbabit, terlintas di fikiran Ketam tentang rasional strategi mereka-mereka ini. Hasil perbincangan dengan beberapa orang ‘otai’ yang mengikuti perkembangan politik negara tercinta ini, akhirnya Ketam dapat menyimpulkan satu rasional tersirat berhubung strategi mainan pembangkang ini.
Di dalam politikus pembangkang ini mengekalkan momentum menyerang isu-isu yang dinyatakan, kita harus tidak terlepas pandang dengan prestasi mereka mentadbir di negeri-negeri jajahan mereka. Realitinya adalah negeri-negeri jajahan mereka saban hari semakin terdedah dengan lawak-lawak antarabangsa disebabkan mereka ini terlampau sibuk berpolitik. Lihat sahaja perkembangan di negeri Selangor. Itu perkembangan, yang ‘tidak berkembang’, Kelantan jangan dilupa. Kita boleh melihat sendiri tentang prestasi mereka yang kian merosot di negeri-negeri jajahan mereka.
Pada pendapat Ketam, mereka sebenarnya sedar tentang hakikat ini. Mereka tidak mampu menjadi pentadbir. Kepakaran mereka hanyalah berpolitik. Politik pada mereka ibarat sudah menjadi darah daging. Apa sahaja isu yang timbul pastinya menjadi bahan mentah untuk diproses dalam kitaran politik mereka.
Menyedari tentang kelemahan mereka ini yang boleh menyebabkan mereka kehilangan negeri-negeri yang ditadbir, mereka kini mula mencipta isu yang boleh dimodalkan selepas pilihanraya umum yang akan datang. Dalam erti kata lain, pakatan pembangkang sebenarnya TIDAK YAKIN DAPAT MENGULANGI PENCAPAIAN MEREKA PADA 2008.
Benar mereka telah mencatatkan keputusan yang cemerlang pada pilihanraya umum yang lalu. Namun dek kerana terlampau asyik bermain politik telah menyebabkan rakyat mula penat atau bosan dengan mereka. Ini adalah realiti yang tidak boleh mereka nafikan. Cuba namakan apa sahaja isu yang tidak dipolitikkan mereka ini? Hatta institusi pendidikan, tempat generasi muda menuntut ilmu turut menjadi permainan politik mereka.
Dalam pada mereka sibuk berpolitik, di sebelah Barisan Nasional pula kita boleh melihat sendiri tentang bagaimana Perdana Menteri YAB Dato Sri Najib berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki imej BN. Apa sahaja isu yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang akan dilayan secara gentleman oleh PM. Siapa sangka PM akan turun ke mahkamah di dalam kes liwat ketua pembangkang? Isu pilihanraya yang dibangkitkan ini pun, PM secara gentleman mewujudkan jawatankuasa khas parlimen di mana kita boleh melihat kini pembangkang cuba bermain tarik tali dengan penubuhan jawatankuasa tersebut. Pembangkang kini boleh digambarkan terperangkap dengan percaturan mereka sendiri.
Oleh itu, Ketam selalu mengingatkan diri sendiri supaya tidak sesekali terpengaruh dengan permainan politik pembangkang ini. Jangkaan Ketam adalah pada pilihanraya umum yang akan datang, pakatan pembangkang tidak akan berjaya mengulangi pencapaian 2008 hatta mahu mengambil alih Putrajaya.
Selain itu, Ketam turut boleh menjangkakan skrip yang akan dimain oleh mereka-mereka ini selepas kekalahan yang bakal melanda mereka. “Pilihan raya tidak adil”, “Kerajaan guna taktik kotor untuk menang pilihanraya”, “Pilihanraya tidak telus” dan “SPR alat kerajaan BN”. Itu kita boleh jangkakan.
Pakatan pembangkang ini jika kita lihat track record mereka, tidak pernah sekalipun mereka mengaku kelemahan sendiri. Semuanya mereka salahkan pada kerajaan. Cuba ingatkan Ketam bila masanya yang mereka pernah mengaku salah sendiri? Tak pernah. Jesteru itu pada Ketam, tidaklah pelik sekiranya mereka terus menggunakan strategi “putting all the blames pada BN” di masa hadapan. Inilah hakikat kualiti pemimpin-pemimpin yang ada di dalam pakatan pembangkang. Sungguh menyayat hati.
Oleh itu Ketam ingin menyeru kepada semua supaya fikir semula sedalam-dalam yang mungkin. Adakah ini kualiti pemimpin yang kita inginkan untuk memimpin negara?( – pemimpin yang hanya tahu menyalahkan orang lain dan terlebih berpolitik).
Kesimpulannya di sini pada Ketam adalah di sebalik semua retorik mereka tentang penyelewengan pilihanraya, tersirat satu hakikat yang pedih pada mereka iaitu “MEREKA SEDAR MEREKA TIDAK MAMPU MENANG PILIHANRAYA AKAN DATANG”. Jika ini berlaku, Ketam menjangkakan sesuatu yang lebih buruk lagi berada di dalam agenda mereka ini. Sesuatu yang lebih teru daripada apa yang berlaku di Mesir dan Libya. Ini hanyalah jangkaan Ketam sahaja. Ketam berdoa pada tuhan agar dijauhkan perkara-perkara sebegitu di negara tercinta ini. Wassalam….

No comments :
Post a Comment