Pages

Thursday, May 30, 2013

Ayuh Imbas Semula Sifat Pemimpin Pakatan (Video Di Dalam)









Sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 5 Mei lalu, saban hari rakyat di Malaysia ini dihidangkan dengan cerita-cerita yang tak terbukti kebenarannya tentang dakwaan-dakwaan kononnya pilihanraya di negara ini diselubungi dengan skandal penyelewengan yang teramat dahsyat sekali.

Walaupun tak dinafikan dakwaan-dakwaan penyelewengan yang dikemukakan puak-puak yang kalah pada PRU13 iaitu Pakatan Rakyat itu disertakan sekali dengan hujah-hujah dan bukti-bukti bagi membuktikan ianya benar-benar berlaku, tapi jangan pula dinafikan bahawa SETIAP, sekali lagi..SETIAP tuduhan-tuduhan tersebut telah diberikan penjelasan sebenar oleh pihak yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Naik berbuih mulut Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad menjawab segala tohmahan-tohmahan dan tuduhan-tuduhan liar puak haram jadah ini. Tapi depa ni macam pekak badak, buta tuli, buta hati, buat-buat bodoh ke apa, Ketam tak tahu. Walau apa juga jawapan dan respon yang diberikan, siap disertakan dengan alasan yang kukuh sekalipun, puak Pakatan ni buat bodoh je dok jaja lagi benda yang sama..

Apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik situasi ini? Apa yang menjadi agenda mereka sebenarnya? Ataupun mungkin mereka ini sebenarnya memang pekak badak? Ketam secara peribadi berpandangan tindakan puak-puak ini sebenarnya adalah untuk menyelamatkan diri. Isu-isu ini sengaja dibangkitkan selepas pilihanraya sebenarnya bagi membiarkan imej mereka kekal dilihat komited di dalam membela hak rakyat.

Kesannya, hampir seluruh rakyat Malaysia ketika ini memfokuskan kepada isu penyelewengan pilihanraya ini. Pimpinan Pakatan pula dilihat begitu efisien sekali..terus buat kerja bersungguh-sungguh selepas dipilih jadi wakil rakyat pada pilihanraya.

Sedangkan realitinya yang tidak kita sedar, yang kita lupa, yang kita terlepas pandang, yang sememangnya ingin disorok daripada kita, yang sememangnya diharap dilupakan, yang sememangnya beban kepada mereka, yang cuba ditutup dibiar bagai angin lalu oleh puak-puak Pakatan, amboi banyaknya..

Ok serius..Jangan kita lupa yang sebelum berlangsungnya PRU13 itu, puak-puak Pakatan ini diselubungi pelbagai isu-isu, gejala-gejala negatif, skandal-skandal, penyelewengan dan krisis yang begitu meruncing sekali. Lantas, berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka berhadapan Barisan Nasional selama ini, di mana serangan bertubi-tubi hanya dilancarkan waktu hangat pilihanraya dan jadi ‘hangat-hangat tahi ayam’ selepas berakhirnya pilihanraya, PRU13 merupakan medan terbaik untuk membawa kita, rakyat Malaysia ini, lupa akan gejala yang melanda mereka.

Kebolehan memanipulasi keadaan diadaptasi puak ini begitu baik sekali sehingga kebanyakan rakyat seolah-olah terpukau dengan ‘daya kepimpinan’ dan komitmen mereka memperjuangkan hak rakyat. Walhal tidak kita sedari yang mereka sebenarnya sedang begitu komited memperjuangkan diri mereka sendiri sahaja.

Ditambah pula seperti yang dikatakan tadi, ‘hangat-hangat tahi ayam’, yang sememangnya sudah mereka jangka iaitu ‘jabatan-jabatan’, ‘unit-unit’, ‘organ-organ’, ‘penganalisis-penganalisis’, ‘pakar-pakar’, ‘general-general’, ‘askar-askar’ dan mak nenek apa lagi di sebelah perang saraf BN, yang Ketam anggap ‘lingkungan perkhidmatan’ mereka cuma sekitar tempoh berkempen (waktu peruntukan melimpah-ruah), akan hanyut sekali ‘terlayan’ agenda puak-puak Pakatan meroyan ini.

Untuk itu, berpandangan isu-isu yang dipalitkan dengan mereka ini tidak boleh diambil ringan, posting kali ini akan menyenaraikan beberapa insiden/kejadian/peristiwa/keadaan yang jangan sekali-kali kita lupa.

Posting kali ini adalah pengenalan/part/episod/siri pertama edisi ‘Jangan Lupa’, iaitu himpunan isu-isu, kontroversi-kontroversi, penyelewengan-penyelewengan, krisis-krisis yang melanda Pakatan sebelum PRU13 sebagai inisiatif Ketam untuk kita sama-sama memastikan puak-puak ini tidak bebas buat apa mereka suka dengan menganggap diri mereka maksum, terlepas daripada kesilapan.

Edisi pengenalan ini menampilkan dua Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Fuziah Salleh bersama-sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli. Layan….


* Klik untuk ulasan penuh. Tonton video di bawah untuk menyaksikan kenyataan-kenyataan mereka



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...