Tuesday, December 21, 2010
KRONOLOGI KEMALANGAN MEMBABITKAN BAS
KRONOLOGI KEMALANGAN MEMBABITKAN BAS
10 OKT 2010
SEREMBAN
12 maut manakala 40 cedera apabila bas Ekspress Delima dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur terbabas sebelum terbalik di KM 223 lebuhraya Utara-Selatan
29 OKT 2010
KARAK
Tujuh remaja yang menyertai rombongan membabitkan 44 anggota belia dari Baling, Kedah terbunuh apabila bas yang dinaiki terbabas ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands.
1 DIS 2010
KUALA TERENGGANU
Seorang pekerja kilang maut manakala enam penumpang lain cedera dalam kemalangan di KM29, Jalan Kuala Terengganu-Gong Badak.
16 DIS 2010
TAWAU
Empat kakitangan Jabatan Penjara terbunuh dan 21 cedera apabila bas yang dinaiki terjunam ke dalam gaung di KM 32, Jalan Penampang-Tambunan Kota Kinabalu.
20 DIS 2010
IPOH
25 pelancong Thailand maut manakal dua rakyat tempatan turut terkorban dalam kemalangan di KM 15 Jalan Cameron Higlands-Simpang Pulai selepas bas pelancong terbabit dikatakan hilang kawalan ketika mengambil selekoh.
JUMLAH ANGKA KORBAN MEMBABITKAN BAS = 51 ORANG HANYA DARI BULAN OKTOBER - DISEMBER
Kemalangan di IPOH mencatatkan ceritanya tersendiri apabila kemalangan itu meragut nyawa paling ramai dalam sejarah negara termasuk beberapa kisah pelik sebelum kejadian itu berlaku.
Sampai bila situasi ini terus menjadi igauan kita....
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment