Pages

Thursday, September 12, 2013

Azalina "Dinasihatkan" Tarik Diri. Mana Pergi Transformasi?



Menjelang Pemilihan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung Oktober ini, pastinya seluruh rakyat Malaysia sedang menanti dan mahu melihat dan menilai bagaimana Umno mampu melaksanakan transformasi yang dilaung-laungkan dalam sistem pemilihan baru ini.

Pemilihan kali ini dikatakan akan memberi ruang demokrasi yang lebih luas kepada parti apabila hampir 150,000 perwakilan untuk menentukan hala tuju parti berbanding sekitar 2500 perwakilan sahaja sebelum ini.

Persoalannya apakah sistem ini akan memberi impak seperti yang diharapkan dalam memberikan wajah baru kepada parti ini sedangkan calon yang mahu bertanding telah “dinasihatkan” supaya tidak bertanding?

Perkara sebegini tidak seharusnya terjadi kerana ianya akan mengakibatkan ahli tidak dapat membuat pilihan untuk memilih pemimpin yang mereka kehendaki walaupun ruang demokrasi tersebut telah terbuka luas.

Soal calon tersebut mendapat sokongan yang mencukupi daripada akar umbi tidak timbul lagi kerana sistem kuota yang digunakan selama ini telah dihapuskan.

“Mereka” tidak seharusnya menggunakan alasan tidak dibenarkan bertanding semata-mata untuk mengelakkan perpecahan di dalam parti. Jawapan macam ini terlalu klise. Akar umbi sudah muak dengan jawapan bodoh macam ini.

Jika ianya berterusan, generasi baru, bijak pandai dan profesional yang mempunyai pemikiran-pemikiran yang segar pastinya akan terus menjauhkan diri daripada Umno kerana golongan ini melihat Umno masih lagi tidak berubah.

Tiada tempat untuk golongan seperti ini di dalam Umno kerana Umno masih lagi mahu mengekalkan kepimpinan yang jelas telah gagal memberikan manfaat kepada parti.

Sampai bila Umno mahu terus simpan dan perap LIABILITI ini???

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...