Pages

Wednesday, August 24, 2011

Beza Perdana Menteri Malaysia dengan 'Perdana Menteri Pakatan'





Diam tak diam sudah hampir sebulan umat Islam menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramdhan. Kurang seminggu lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Syawal. Di Malaysia, sambutan Syawal pada tahun ini lebih bermakna kerana ianya disambut sekali dengan Hari Kerdekaan Malaysia.

Kita bersyukur kerana negara kita masih lagi berada dalam keadaan yang begitu aman dan harmoni. Namun begitu tidak dinafikan terdapat segelintir umat di negara ini yang sentiasa berusaha tanpa henti-henti bagi menggugat keamanan dan keharmonian tersebut demi kepentingan dan cita-cita lapuk mereka. Syukur kepada tuhan kerana setakat ini usaha mereka masih tidak menemui kejayaan. Harapan Ketam, minta dielakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di negara tercinta ini.
Sewajarnya pujian harus diberikan kepada pemimpin negara kita di dalam memastikan kelangsungan keharmonian dan keamanan yang telah kita kecapi ini. Kita sangat bernasib baik kerana telah dianugerahkan barisan pemimpin yang sentiasa berusaha membawa negara kita ke arah kemakmuran dan kemajuan sehingga martabat negara kita telah diangkat di persada antarabangsa.

Berbicara tentang kepimpinan negara, terdapat satu peristiwa yang berlaku sekitar minggu lepas yang membuatkan Ketam sedikit tersentuh. Peristiwa tersebut adalah bila mana YAB Perdana Menteri kita Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak telah sanggup untuk meluangkan masa untuk berbual melalui telefon dengan seorang pesakit barah yang begitu menyanjungi beliau sebagai pemimpin negara. Di dalam perbualan telefon tersebut, Perdana Menteri telah mengambil peluang untuk bertanyakan khabar adik malang tersebut. Biarpun hanya perbualan melalui telefon, Ketam percaya ianya telah memberikan impak yang besar kepada adik itu. Kesanggupan Perdana Menteri untuk meluangkan sedikit masa beliau wajar dicontohi oleh semua pemimpin tidak kiralah samada dari barisan kerajaan mahupun pembangkang.

Selain itu, sekitar minggu lepas juga ketam telah berkesempatan untuk menonton rancangan Singgah Sahur terbitan TV3. Hati Ketam kembali tercuit apabila pada episod tersebut isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah menyertai rombongan krew TV3 untuk bersama-sama mengejutkan anak-anak yatim untuk bersahur. Terpancar kasih seorang ibu ketika melihatkan Datin Seri Rosmah mengejutkan anak-anak yatim tersebut. Kualiti pemimpin begini wajar untuk diikuti.

Melihatkan kepada dua contoh tersebut, Ketam tertanya-tanya di manakah ‘Perdana Menteri’ pembangkang? Mengapa tiada pula sampai di pendengaran Ketam tentang ‘Perdana Menteri’ itu bertindak seprihatin Perdana Menteri Malaysia dan isteri. Lalu Ketam pun mengambil kesempatan untuk menjengah Twitter dan blog beliau. Sedihnya apabila Ketam dapati ‘Perdana Menteri’ tersebut terlalu sibuk dengan usahanya untuk ‘menjajah’ dan ‘menjaja’.

Apa yang ‘dijajah’ apa yang ‘dijaja’? Ketam dapati Perdana Menteri itu terlalu sibuk dengan agenda ‘menjajah Malaysia’, negara yang kita cintai. ‘Perdana Menteri’ itu juga sibuk ‘menjaja’ cerita kes liwatnya tentang betapa fitnahnya kes tersebut.

Dalam termenung Ketam berfikir, jika inilah kualiti yang ditonjolkan beliau, tidak tergambar oleh Ketam tentang apa yang bakal menimpa negara tercinta ini di bawah taklukan beliau. Beliau langsung tidak menghiraukan apa jua perkara lain selain daripada memastikan cita-cita besar menakluk Malaysia tercapai. Ketam berdoa dan sentiasa berdoa agar masyarakat sedar tentang hakikat sebenar ‘Perdana Menteri’ tersebut. Kepada Perdana Menteri Najib dan isteri, teruskan usaha murni anda di dalam menabur bakti kepada rakyat Malaysia tercinta.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...