Pages

Friday, October 18, 2013

RAPID ubah imej ‘tempat jin bertendang’


Kalau 15 tahun dulu, apabila disebut nama Pengerang,di daerah Kota Tinggi, kerap orang luar menafsirkannya sebagai kawasan “jin bertendang” kerana kedudukan geografinya yang terpencil.

Namun, pandangan orang ramai mengenai Pengerang mula berubah sejak Lebuh raya Senai-Desaru (SDE) sepanjang 77 kilometer yang menghubungkan Senai dan Desaru dibuka secara rasmi pada 10 Jun 2011.

Perjalanan dari Johor Bahru ke pantai Desaru kini hanya mengambil masa selama 45 minit berbanding dua jam sebelum ini sekaligus memendekkan pemanduan kerana jarak masa Desaru ke Pengerang tidak sampai setengah jam.


Lebuhraya SDE siap pada masa sesuai untuk menyokong pembinaan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang dimajukan oleh Petronas dan Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas oleh Kumpulan Dialog dan Royal Vopak dan Setiausaha Kerajaan Johor Diperbadankan (SSI).

Apabila kedua-dua projek itu siap pada penghujung 2016 kelak dan memulakan operasi pada 2017, Pengerang akan berubah wajah sebagai hab minyak dan gas terkemuka di Asia Pasifik dan barangkali, setanding dengan Rotterdam, Belanda.

Bagaimanapun, yang lebih penting dengan  pelaksanaan projek-projek terbabit sudah pasti memberi kesan besar dan positif  kepada lonjakan ekonomi di negeri Johor khasnya begitu juga dengan penduduk Pengerang.

Pengumuman RAPID dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 13 Mei 2011 dan pelancarannya pada 13 Mei 2012 disempurnakan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Seperti biasa, projek mega seperti itu akan dapat tentang pembangkang dan ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman adalah individu penting bagi menangkis serangan mereka dan dalam masa sama menjelaskan kepada penduduk setempat manfaat projek RAPID.

Sebelum PRU 13, Azalina menjadi sasaran pembangkang dengan seribu satu macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk terhadap beliau mengenai projek besar ini.

Tetapi Azalina bukan calan-calang orang. Bekas peguam ini tidak mempunyai masalah berdebat dengan ahli-ahli parlimen pembangkang dalam itu itu. Seorang demi seorang dipatahkan hujahnya.

Azalina dengan bijak dan berani memintas dakwaan demi dakwaan yang dilemparkan pembangkang yang tidak sudah-sudah menghasut rakyat kononnya RAPID untuk penduduk Pengerang.

“Saya mahu Pengerang tidak lagi dilihat sebagai kawasan luar bandar atau tempat jin bertendang. Pengerang patut dilihat sebagai sebuah kawasan dalam proses pembangunan kerana ia bersebelahan dengan Iskandar dan paling dekat dengan Singapura.

“Semasa saya mula-mula jadi wakil rakyat 15 tahun dulu , memang orang gelar kawasan itu tempat jin bertendang. Ada juga mengenalinya sebagai daerah pedidikan kerana terdapat beberapa sekolah berasrama dan kolej dan terkini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),” katanya..

Menurut beliau, dengan adanya RAPID,  yang lebih besar daripada kompleks sedia ada di Kerteh, Gebeng dan Melaka, ia akan melonjakkan dan mengukuhkan Johor sebagai hab minyak dan gas serta petrokimia yang terunggul di Asia dan dunia.

Malah di atas usaha gigih Azalina, FELDA telah bersetuju dengan cadangannya supaya satu Bandar Baharu FELDA diwujudkan di Bandar Penawar serta kursus minyak dan gas diperkenalkan di IKBN di situ.

“Saya sudah memohon IKBN memberikan keutamaan kepada anak-anak Pengerang untuk mengikuti kursus minyak dan gas di situ. Ini kerana apabila siap, RAPID akan menawarkan 40,000 peluang pekerjaan dan saya mahu memastikan belia Pengerang lepasan IKBN didahulukan,” katanya.

Pada PRU-13 Azalina menang majoriti besar kerusi Pengerang P157. Dia mendapat 26,992 undi mengalahkan calon PKR, Dayangku Intan yang meraih 4,484 undi can calon Bebas, Mohd Azaman yang mendapat 795 undi.

Mengikut persempadanan parlimen, dua Dewan Undangan Negeri (DUN) terletak di bawah parlimen Pengerang, iaitu Tanjung Surat dan Penawar. Parlimen Pengerang mempunyai 35,425 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu majoriti adalah melayu, iaitu 87% (31,055), Cina 11% (3,820), India 1% (330) dan lain-lain 1% (220).

“Saya tak sangka perubahan ini akan berlaku di sebuah kawasan luar bandar. Kini kita dapat melihat, kerajaan juga memberi peluang kepada tempat-tempat yang dilihat sebagai kawasan jin bertendang, dimajukan.

Menurut Azalina, yang penting bagi sekarang ialah untuk melihat orang Pengerang, terutama anak-anak muda, tidak akan berhijrah.

Katanya, dengan ada pembangunan sebegini banyak, mereka akan mengambil kesempatan untuk terlibat dalam kemajuan ini dan penduduk Pengerang perlu merebut peluang ini.

“Menjelang PRU-14, Pengerang memerlukan persediaan di segi fizikal dan minda. Apabila Pengerang menjadi kawasan pembangunan, bandar baharu akan diwujudkan, kita perlu buat bersedia,”.

“Dulu Pengerang juga dikenali sebagai “lorong tikus” iaitu tempat pendatang tanpa asing diseludup masuk ke negara ini. Ujudnya RAPID secara tidak langsung menghapuskan kegiatan itu,” tambahnya.

Isu semasa yang merisaukan Azalina sebagai Ahli Parlimen Pengerang sekarang ini  ialah harga sewa rumah yang melambung.

Masalah itu berlaku disebabkan semakin ramai orang berhijrah ke Pengerang dan rumah pula kurang sekaligus lebih banyak kawasan perumahan baharu perlu di Pengerang.

“Itulah yang menjadi perjuangan saya sekarang. Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi keutamaan perumahan untuk rakyat. Tetapi kita perlu tekankan untuk Pengerang, dalam proses pembangunan, orang Melayu tak boleh diketepikan. Kerajaan perlu juga mewujudkan Bandar Melayu seperti UDA dan sebagainya.-18/10/2013


- bnbbc.my

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...