Pages

Monday, November 15, 2010

Makna Demokrasi dalam PKR


1 Ahli 1 Undi. Adakah ini yang kita panggil Demokrasi? Bagaimana dengan jawatan Ketua Umum? Siapa yang melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum? Betul ke jawatan ini wujud atau sengaja diada-adakan? Dan yang paling penting sekarang bagaimana seorang individu yang tidak dipilih secara terbuka boleh mendapat kuasa dan menjadi pemimpin tertinggi dalam satu parti?

Semua sedar bahawa orang yang paling berpengaruh dalam PKR adalah Anwar dengan jawatannya sebagai Ketua Umum tetapi jawatan tersebut adalah sesuatu yang luar biasa kerana dimana-mana parti strukturnya adalah jelas Presiden yang mempunyai kuasa. Setiap parti mesti mempunyai susun lapisnya sendiri yang umumnya terdiri dari Presiden di peringkat tertinggi dengan diikuti oleh Timbalan, Setiausaha Agung dan seterusnya ke jawatan-jawatan lain.

Apa yang menghairankan, bilakah wujudnya jawatan tersebut atau siapa yang melantik Anwar, bagaimana proses pelantikan dibuat dan bagaimana dia boleh menduduki jawatan itu dan berkuasa lebih dari Presidennya. Jawatan Ketua Umum tidak sepatutnya wujud dalam mana-mana organisasi atau mana-mana pengurusan sama ada parti politik atau pentadbiran kerana biasanya pengurusan akan dilakukan secara terus oleh Presiden yang mempunyai kuasa penuh dengan dibantu oleh barisan kepimpinannya.

Ini membuktikan Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak demokratik sebagaimana yang selalu disebutkannya. Anwar tidak mengamalkan demokrasi dalam menentukan kuasanya dalam PKR sendiri. Anwar hanya menggunakan retorik dalam menentukan hala tuju politiknya tanpa memikirkan kepada struktur dan organisasi yang dibentuk dari awal. Inilah antara faktor pentadbiran PKR semakin caca marba dengan pelbagai kepincangan terserlah ditambah pula dengan pemilihan pimpinan di peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 2010 yang kucar-kacir.

Selain daripada jawatan Ketua Umum, jawatan Timbalan Presiden juga hangat diperkatakan sekarang. Anwar  takut dengan bayang-bayang sendiri. Dia sanggup mereka-reka cerita dan menyerang individu yang cuba menghalang anak emasnya, Azmin Ali daripada menggenggam jawatan nombor dua parti itu. Sewaktu Datuk  Zaid Ibrahim mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu, Anwar Ibrahim tiba-tiba sahaja menyerangnya secara peribadi termasuk menuduh  Zaid sebagai ejen UMNO. Dan yang paling penting untuk difikirkan siapakah yang akan menjawat ketua umum PKR selepas Anwar atau ianya khas untuk anwar.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...