Pages

Thursday, October 17, 2013

MP Baling agih 35 lembu Korban



Ahli parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menganjurkan Majlis Kurban di kawasan parlimennya dengan memberi sumbangan 35 ekor lembu.

Paling menarik, Azeez bukan sekadar hadir menyumbangkan lembu namun beliau turut mengambil bahagian menyembelih sendiri, menguruskan proses melapah dan mengagihkan daging kepada penduduk sekitar di Baling.


Sebanyak tujuh mukim di kawasan parlimen Baling menerima sumbangan lima ekor lembu dan penduduk bergotong-royong melaksanakan ibadah korban.

Menurut Azeez, program yang diadakan secara gotong-royong itu bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan agama tetapi dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.

“Petugas-petugas dapat menjalin kemesraan bersama penduduk kampung ketika majlis berlangsung termasuk ketika sama-sama melapah, mengagih dan memasak daging korban,” katanya.

Di kesempatan itu juga, Azeez turut mengesa agar umat Islam di negara ini bersatu hati dan menjadikan sejarah ibadah korban sebagai panduan dalam mendidik jiwa supaya lebih ikhlas dan bersyukur.

Menurut beliau perkara itu perlu terutama dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar.

“Sejarah pengorbanan itu memberi peringatan kepada kita supaya melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan rendah hati.

“Konsep itu perlu dijadikan panduan dalam hidup kita iaitu kesanggupan berkorban dari pelbagai sudut seperti masa, tenaga, wang ringgit serta buah fikiran demi kemajuan agama, bangsa dan tanah air,” katanya lagi

Fazli Jusoh, salah seorang pemimpin masyarakat ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Azeez.

“Antara salah satu faktor kemenangan Datuk Azeez di Baling ini ialah disebabkan sikap prihatin yang ditunjukkan selama ini. Hampir setiap tahun program ini telah dilaksanakan, walaupun sebelum ini beliau bukan merupakan wakil rakyat.

“Seingat saya, ini adalah merupakan tahun ke tujuh program korban ini diadakan di Baling. Tahun lalu, walaupun ketika itu beliau terlibat dengan misi kemanusiaan di Jordan, Datuk tetap memberikan sumbangan korban kepada para penduduk kampung” katanya.-17/10/2013


- bnbbc.my

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...