Pages

Friday, October 18, 2013

ISU K-POP: KSU TIPU KJ?




Bekas menteri KBS, Shabery kata Jabatan Audit Negara culas menjelaskan perkara sebenar dalam isu perbelanjaan RM1.6 juta untuk persembahan K-Pop Hari Belia Negara.

Menurutnya jabatan itu hanya menyatakan jumlah keluar daripada akaun KBS tanpa mengambil kira jumlah "sumbangan" yang dimasukkan. Maka terbukti bahawa tiada wang rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pembangkang yang hanya bersandarkan rumusan pendek Laporan Ketua Audit Negara 2012. 

Bagaimanapun, berbeza dengan Shabery menteri belia dan sukan yang baru Khairy Jamaluddin pula mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.


Kata Khairy, KBS membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu. Beliau bertanggungjawab menjelaskan perkara itu walaupun beliau bukanlah menteri KBS pada masa itu.

"Saya tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri.

"Prinsip kebertanggungjawapan bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya," katanya.

KSU KBS sebelum ini Datuk More Head dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja.

Tiga kumpulan K-Pop U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet dilapor ditampilkan untuk persembahan pada acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

Persoalannya sekarang siapa yang bercakap benar???

Hasil maklumat yang diperolehi, selain mereka bertiga ada pihak lain berniat jahat sedang melaga-lagakan mereka. Dan orang itu adalah KSU sekarang, Datuk J!!!

Perkara ini telah DISAHKAN sendiri oleh KETUA AUDIT NEGARA.

Katanya KSU sebagai penjaga KBS tidak memberi maklumat sebenar sumber perbelanjaan konsert tersebut semasa audit sedang dibuat. Ini bermakna Datuk J dengan jelas telah MENIPU Ketua Audit Negara.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Datuk J bertindak MENIPU KJ dengan sengaja tidak memaklumkan perkara sebenar segala perbelanjaan KBS dalam konsert tersebut sehingga menyebabkan KJ mengeluarkan kenyataan yang silap.

Kenapa Datuk J begitu busuk hati hendak menjatuhkan semua orang???

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Datuk J ketika ini dalam keadaan yang begitu terdesak untuk membukti beliau memang layak untuk menduduki kerusi KSU dan cuba memburuk-buruk imej Datuk More Head.

Beliau cuba menunjukkan segala apa yang dibuat oleh pentadbiran sebelum ini tidak betul. Beliau cuba menggambarkan KSU dan menteri sebelum ini boros dalam berbelanja.   Itulah PUNCA utama Datuk J MENIPU KETUA AUDIT NEGARA dan KJ.

Sedangkan fakta sebenarnya RM2.3 juta sponsor tunai telah berjaya dikumpul dan dimasukkan terus ke akaun MSN. Itu belum termasuk lagi sponsor in-kind yang berjumlah RM28 juta. Jumlah tersebut merupakan separuh daripada kos keseluruhan Hari Belia Negara. Mana ade event gomen yg dapat sponsor separuh dr kos kseluruhan? Sponsor tunai sahaja cukup untuk membiayai konsert Kpop yang hanya berjumlah RM1.6 juta sahaja.

Ini bermakna apa yang KSU dan Menteri sebelum kata adalah sangat konsisten dan benar. Sebab itu Shabery begitu berani untuk berhadapan dengan PAC untuk menjelaskan perkara tersebut kerana beliau tahu beliau berada dipihak yang benar.

Adakah wajar orang sebegini busuk hatinya diberi ruang untuk terus mentadbir KSU sedangkan integriti beliau sendiri dipersoalkan? Orang seperti Datuk J ini kalau terus diberi tempat dalam kementerian bukan sahaja akan merosakkan imej menteri tetapi juga Perdana Menteri.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...