Pages

Tuesday, May 28, 2013

Kongres Nasional atau Kongres PKR Negeri?



Masih belum terlambat rasanya untuk Ketam ulas mengenai Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu yang lalu bertempat di Dewan Sivik MBPJ. Ketam sempat hadir pada kedua-dua hari itu. Tapi itu tidaklah bermaksud yang Ketam ini merupakan salah seorang perwakilan..kekeke..

Berdasarkan pemerhatian Ketam, Kongres dua hari itu tidak ada apa sangat perkara yang boleh diceritakan. Nampak seperti ada ‘YB-YB Junior’ PKR yang baru menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 awal bulan lalu yang seolah-olah masih di awang-awangan, masih dengan menikmati ‘kemanisan’ menang pilihanraya. Masih belum sedar lagi yang kerja seharusnya sudah dimulakan memandangkan rakyat sudah memberikan kepercayaan mereka.


Tak kurang juga ada yang dilihat agak tidak bertenaga (merujuk kepada yang tewas dan yang tidak dicalonkan). Tapi yang paling ketara ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum parti itu yang walaupun menang di kerusi Permatang Pauh, tapi dilihat begitu meroyan sekali kerana kegagalannya mengepalai Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya.

Dan memandangkan tiada pemilihan pada Kongres kali ini, jadi suasananya agak suam-suam kuku sikit. Bahkan tidak keterlaluan sekiranya dikatakan penganjurannya kali ini sekadar melepaskan batuk di tangga. Buat syarat je orang kata.

Selain itu Ketam dapati yang Kongres ini juga sebenarnya tak salah kalau nak dikatakan medan untuk ‘menyekolahkan’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Apa taknya, Ketam dapati isu-isu yang dibangkitkan kebanyakannya berkisarkan kepada isu yang berlaku di negeri Selangor. Sampai kadang-kadang Ketam keliru kejap, ‘ni Kongres PKR negeri ke nasional?’. Mentang-mentanglah dianjurkan PKR Selangor..kekeke..

Tapi serius, masa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution balun Khalid, Ketam terperasan ramai yang ‘memancarkan’ riak seolah-olah puas. Amboih..berat ni Tan Sri..kekeke..

Namun ada juga perwakilan yang didapati serius memikirkan soal parti. Dan rata-rata yang ditemui secara underground meluahkan pendapat yang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, sudah kehilangan aura memimpin parti. Beliau dilihat semakin kurang bertenaga..kredibilitinya semakin boleh dipertikai.

Lantas sebagai langkah untuk memperkukuhkan semula kedudukan parti, ramai yang sebenarnya bersetuju supaya Azizah diganti..diganti oleh Anwar. Demi imej parti, ramai yang merasakan Anwar perlu diangkat sebagai Presiden.

Lain-lain isu, Ketam rasa biasa-biasa sahaja. Kalau yang agak suam-suam kuku pun melantik wakil parti ke dalam GLC. Makanya, apa yang dapat disimpulkan sudahpun disimpulkan awal tadi. Kongres PKR kali ini sekadar melepaskan batuk di tangga dan medan mengusik Khalid. Endingnya, tak banyak benda pun yang boleh dibawa balik perwakilan ke cabang. Sekian..Adios!!!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...