Pages

Tuesday, August 23, 2011

Nyamuk dan Shahrizat


Apa itu nyamuk? Nyamuk adalah satu spesis haiwan yang boleh mendatangkan penyakit kepada umat manusia. Antara penyakit yang dibawa oleh nyamuk adalah malaria, denggi dan Japanese encephalitis (JE). Jika kita digigit oleh nyamuk, pastilah akan terasa gatal di bahagian yang digigit. Selain itu, mendengar sahaja bunyi nyaring yang dihasilkan oleh nyamuk yang berterbangan sudah cukup untuk membingitkan telinga kita.

Habis kita berkenalan dengan nyamuk, kini kita berkenalan pula dengan Shahrizat. Apa itu Shahrizat? Shahrizat adalah seorang wanita yang kalah dalam Pilihanraya Umum 2008 di kawasan Parlimen Lembah Pantai. Beliau kalah kepada seorang ahli politik muda yang pertama kali bertanding dalam pilihanraya. Shahrizat juga merupakan seorang wanita yang telah mengadakan pelan peralihan kuasa dengan bekas ketua wanita Umno Malaysia Tan Sri Rafidah Aziz yang akhirnya menyaksikan Shahrizat telah melanggar perjanjian tersebut. Mungkin ini yang dikatakan ‘janji Melayu’.
Apa hubungan nyamuk dengan Shahrizat? Seperti yang dinyatakan pada perenggan pengenalan tentang nyamuk, bunyi nyaring nyamuk sudah cukup untuk mendatangkan rasa kurang senang kita. Shahrizat juga tidak terkecuali. Walaubagaimanapun, rasa tidak senang Shahrizat ini tidak sekali-kali menggugat rasa penghargaan beliau terhadap komuniti nyamuk tersebut. Kemuncak penghargaan beliau kepada nyamuk adalah apabila beliau menyediakan satu ruangan istimewa kepada nyamuk yang datang ke majlis berbuka puasa anjuran kementerian beliau. Istimewa sungguh layanan beliau terhadap nyamuk.
Di atas rasa ‘bangga’ dengan penghargaan tersebut, maka segelintir nyamuk-nyamuk telah berazam untuk membalas jasa Shahrizat yang merupakan menteri jalan belakang.
Kepada Shahrizat, bersedialah dengan bekalan kelambu secukup rasa kerana anda boleh menjangkakan ‘gigitan gurauan’ dari koloni nyamuk. Selain itu, mungkin anda juga boleh bersedia dengan vaksin anti penyakit bawaan nyamuk kerana seperti dinyatakan, gigitan nyamuk membawa penyakit.
Oh ya. Sebelum terlupa, sehari selepas beliau ‘menyamukkan’ geng nyamuk, keluar satu berita oleh Bernama yang berbunyi seperti berikut: Shahrizat: Media an Important Tool to Help Ministry Improve People's Well-Being (Shahrizat: Media Adalah Alat Penting untuk Membantu Kementerian Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat.).
Media apa yang dimaksudkan oleh Shahrizat? Beginilah nasib yang diterima media online dewasa ini. Masih terdapat ramai lagi ahli politik tidak sedar diri yang mengabaikan kepentingan media online sebagai satu medium penting dalam kehidupan sosial masyarakat Malaysia. Hanya disebabkan marah kepada beberapa media online yang mesra pembangkang, habis semua media online menerima tempiasnya. Lebih malang lagi apabila martabat media antarabangsa begitu dibela oleh golongan politikus cetek akal ini.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...