Pages

Tuesday, August 23, 2011

Melawakkan Melayu dan Islam, Syabas Pakatan Rakyat




Siapa tidak kenal dengan Jim Carey, Eddie Murphy dan Adam Sandler. Mereka merupakan pelawak terkenal yang beraksi di Hollywood. Di Malaysia, kita tidak ketinggalan dengan barisan pelawak-pelawak yang begitu menggelikan hati seperti Johan, Zizan, Nabil, Saiful Apek dan Sepah. Namun begitu tahukah anda tentang perkataan apakah yang paling lawak di alam semesta dewasa ini? Terima kasih kepada geng Pakatan Rakyat (PR), beberapa perkataan yang menjadi tabu bagi komuniti Melayu di negara ini telah berjaya dilawakkan mereka.
Sejak 2008, tidak banyak kejayaan yang boleh dibanggakan oleh geng pakatan haram ini. Namun begitu mereka pastinya boleh berbangga dengan kejayaan mereka melawakkan perkataan-perkataan seperti ‘Islam’ dan ‘Melayu’. Setelah sekian lama mereka melacurkan kedua-dua perkataan ini, kini mereka boleh mendabik dada dengan kejayaan tersebut.
Jika dilihat pada sejarah, usaha puak ini telah dimulakan lebih lama lagi iaitu beberapa dekad sebelum 2008. Ianya dipelopori oleh satu parti yang begitu mengidolakan pimpinan negara jiran kita Singapura. Parti ini sememangnya mempunyai ikatan yang rapat dengan parti yang memimpin Singapura itu. Parti yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah DAP.


Namun begitu, apa yang lebih malang adalah parti ini telah dibantu oleh dua parti yang dipimpin oleh ‘MELAYU’ dan ‘ISLAM’ iaitu PKR dan PAS. Maka tidak hairanlah jika jumlah mereka yang mengaku bukan islam semakin ramai di negara ini. Begitu juga tidak kurangnya jumlah melayu yang malu untuk mengaku dirinya melayu. Jumlahnya begitu banyak dan semakin bertambah setiap hari.
Lihat saja apa yang sedang menimpa negara ketika ini, usaha untuk mengkristiankan umat Islam semakin berleluasa di negara kita. Syukur Ketam melihatkan tindakan jabatan yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan sewajarnya. Namun sedih kembali menimpa apabila melihat campurtangan ‘bapak ayam’ DAP, PKR dan PAS ini di dalam menangani isu tersebut.
Malas Ketam untuk mengulas lebih panjang kerana bimbang terbawa-bawa dengan emosi. Apa yang penting yang ingin Ketam sampaikan di sini adalah syabas Pakatan kerana berjaya melawakkan perkataan ISLAM dan Melayu. Kepada semua umat Islam dan Melayu di negara ini, janganlah sampai pepatah sudah jatuh ditimpa tangga digunakan kepada anda.



1 comment :

Anonymous said...

Hello sir, I would like to know detail, Nabi Muhamad's son converted to Christian and married Israel girls, adakah Pakatan kenamengena dengan itu juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...