Pages

Wednesday, December 8, 2010

Wanita Pertama: Memahami Konseptual Negara


Mungkin ini adalah kali pertama anda semua mendengar istilah Wanita Pertama disebuah negara yang mendokong konsep Raja Perlembagaan. Umum mengetahui yang istilah Wanita Pertama digunapakai hanya di negara yang hanya mengamalkan sistem Republik dan bukan konsep lain.

Mengapa Negara konsep Republik Sahaja?

Jawapannya mudah. Negera republik hanya mempunyai Presiden yang akan mengetuai negara terbabit dan semua keputusan terletak di tangan Presiden dan anggota senatnya.

Bagi negara republik, mereka tidak mempunyai atau tidak mengiktiraf sistem beraja oleh itu gelaran Wanita Pertama akan disandang oleh ISTERI PRESIDEN. Seperti di U.S dan beberapa negara lain.

Mengapa Raja Perlembagaan Tidak Bersesuaian Mengguna Gelaran Wanita Pertama?

Bagi negara yang mengamalkan konsep ini, Perdana Menteri hanya menjalankan kuasa eksekutifnya mentadbir negara manakala individu yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada negara adalah Raja.

Bagi konteks Malaysia, Yang DiPertuan Agong adalah pemerintah pertama negara mengikut hierarki kuasa di negara dan Perdana Menteri hanya menjalankan tugas eksekutif sahaja.
Oleh itu gelaran Wanita Pertama tidak bersesuaian digunapakai oleh isteri PM sedangkan kita mempunyai Permaisuri Agong selaku isteri kepada YDPA.

Artilkel 32 (2) menyatakan bahawa pemimpin utama negara adalah Yang Di Pertuan Agung. Tidak ada ungkapan wanita pertama dalam perlembagaan, yang ada hanya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...