Pages

Wednesday, December 8, 2010

MP Pakatan tinggalkan dewan tanda protes


Ahli-ahli Parlimen pembangkang hari ini pakat keluar beramai-ramai meniggalkan dewan rakyat sebagai tanda protes kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana menolak usul MP Gombak Azmin Ali berkenaan isu penggantungan ketua pembangkang datuk seri anwar ibrahim.

Pandikar menolak usul dari Azmin itu dengan alasan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen masih belum membuat keputusan muktamad.

Azmin Ali yang berang dengan keputusan Speaker itu lantas menuduh bahawa Speaker itu telah dibayar oleh Umno. Hal itu telah membuatkan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional berang lantas bangun membidas tuduhan Azmin itu.

Setelah beberapa minit kecoh di dalam dewan, ahli-ahli parlimen pembangkang keluar beramai-ramai menandakan protes mereka terhadap keputusan speaker.

Di lobi Parlimen, Azmin Ali ketika ditemui berkata keputusan daripada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu sebagai memalukan dan bertentangan dengan prinsip keadilan.

"Keputusan itu lebih teruk dari Augustine Paul (merujuk hakim kes liwat Anwar pada 1998). Sekurang-kurangnya Augustine mendengar dulu keterangan sebelum membuat keputusan samada ianya releven ataupun tidak," kata Azmin.

"Saya membuat usul untuk bahaskan isu ini adalah supaya jawatankuasa dapat bertindak berlandaskan undang-undang yang ada," katanya.

Sementara itu ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar menyifatkan keputusan jawatankuasa itu sebagai satu perkara yang amat memalukan di saat parlimen menyambut 50 tahun jubli emasnya.

Menurutnya perkara ini telah melakar satu lembaran sejarah baru yang memalukan untuk tempoh 50 tahun akan datang selain memalukan nama baik parlimen di peringkat antarabangsa.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...