Pages

Monday, October 21, 2013

Pensyarah Kanan UPSI calon BN di Sungai Limau


Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dr Suhaimi Lazim, 52, sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Limau, Kedah.

Dr Sohami berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau dan  Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai.


Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan PRK BN di Sungai Lentang, Yan, Kedah petang Isnin.

Dr Sohaimi berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau.

Kerusi DUN Sungai Limau diisytiharkan kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak pada bulan lalu.

Azizan dianggap sebagai ‘lagenda’ Sungai Limau kerana berjaya mempertahankan kerusi itu selama lima penggal berturut-turut sejak 1995.

Azizan mengekalkan kerusi itu pada PRU-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan Mohd Fazillah dengan majoriti 2,774 undi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calon parti itu dekat SMK Sik pada malam Isnin.

Abdul Hadi berkata parti itu hanya akan memilih calon muka baharu.

Antara yang disenarai pendek adalah Ketua Pemuda PAS Jerai, Azam Samad, Setiausaha PAS Jerai, Muzaini Azizan dan Ketua Pemuda PAS Sungai Limau, Mohd Muaz Othman. – 21/20/2013


- bnbbc.my

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...