Pages

Wednesday, June 5, 2013

Konflik PKR, PAS dan DAP Ibarat Budaya Yang Wajib Dipertahan




Konflik di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat ini bukan benda baru sebenarnya. Dah berkali-kali terjadi daripada yang biasa-biasa punya konflik, hinggalah ke tahap bertumbuk. Ya..bertumbuk seperti yang calon PKR di DUN Sungai Acheh, Chegubard dedahkan. Jangan kita lupa iaitu pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu, beliau mendakwa telah ditumbuk oleh petugas Unit Amal PAS..ya..Unit Amal..

Macam yang dikatakan tadi, konflik di kalangan PAS, PKR dan DAP ini bukan rahsia. Hubungan mereka tidak seindah seperti yang cuba diwayangkan oleh Anwar Ibrahim, Kit Siang, Guan Eng, Hadi Awang dan lain-lain pimpinan atasan. Tapi malangnya adalah apabila ramai di kalangan kita yang tertipu dengan kemesraan mereka-mereka ini.

Ambil satu contoh, pergolakan yang berlaku dalam proses agihan kerusi..Menjelangnya PRU13 lalu, boleh dikatakan hampir tiap-tiap minggu pimpinan atasan Pakatan ini bermesyuarat membincangkan hal agihan kerusi sesama mereka. Dan setiap kali itu juga pastinya akan diselitkan sesi sidang media bagi memberikan update tentang status pencalonan mereka yang mana hampir di setiap sidang media para wartawan dimaklumkan ‘proses agihan kini 99% hampir selesai’. Muka-muka yang depan kamera semua maintain cool, muka ceria konon krisis sudah reda.

Belakang, hari penamaan calon tengok PAS sudah langgar bukan satu, sekali tujuh kerusi yang sepatutnya menjadi hak PKR. Slumber kodok parti yang ‘memunafikkan’ orang Islam yang bukan sekutu mereka ini ‘mempraktikkan’ salah satu sifat munafik iaitu tidak menepati perjanjian yang dipersetujui. Itu kalau mengikut kata ‘99% selesai’. Dan kalau tidak 99% selesai sekalipun, masih mereka tonjolkan sifat munafik, menipu. Apa tak tipunya, kata 99% tapi sekali tujuh kerusi kena langgar.

Tujuan bergabungnya mereka itu jelas, untuk berperang menewaskan Barisan Nasional. (Malah, itulah satu-satunya persamaan yang dikongsi mereka)..Tapi, perkara paling asas dalam pilihan raya, satu lawan satu menentang BN pun tak mampu mereka laksanakan.

Sudahlah tidak menepati janji, Hadi Awang selaku Presiden PAS slumber kodok dalam ceramah beliau mengutuk calon-calon yang dikemukakan PKR di tujuh kerusi tersebut. Kononnya tindakan PAS itu adalah demi menyelamatkan Pakatan. Ketam tengok macam BN sebenarnya yang terselamat..kekeke..Petikan ucapan Hadi Awang tibai calon PKR boleh didapati dalam video di bawah.

Tak cukup dengan itu, PKR dan DAP juga turut menghadapi masalah ahli mereka bertanding sebagai bebas ekoran tidak puas hati dengan keputusan kepimpinan utama parti. Benar masalah yang sama turut dihadapi BN, tapi ianya tidak dibiarkan melarat sehingga membawa kepada pergelutan sesama parti-parti komponennya merebutkan kerusi seperti yang dihadapi Pakatan.

Soal yang paling kerap berbangkit yang sampai sekarang masih tidak mampu diselesaikan oleh mereka ialah fahaman berbeza di antara DAP dan PAS. DAP hingga kini berpegang teguh dengan fahaman negara sekularnya dan menolak idea negara Islam dan hudud yang dibawa PAS. Anwar Ibrahim yang diangkat sebagai ketua mereka dalam nak menyelesaikan isu ‘evergreen’ ini, mengambil pendekatan ala kadar..meeting tergempar, lepas tu cakap kat media ‘we agree to disagree’. Amboi mudahnya..selesaikah cara itu? Tak jugak..bangkit lagi..’We agree to disagree’ lagi..

Anwar Ibrahim sendiri sebenarnya menyorokkan pendirian sebenar beliau dalam isu ini. Rasanya tak pernah di mana-mana beliau menyatakan secara terbuka samada menyokong agenda negara Islam dan/atau hudud ataupun menyokong negara sekular.

Satu lagi perkara fundamental yang mereka ‘matikan air’ (buat bodoh) ialah tentang calon Perdana Menteri mereka. Dari 2008 nampak macam confirm Anwar Ibrahim PM mereka. Tup tup 2012, PAS ubah nada pulak. Masuk 2013, PAS boleh kata ‘kasi menang pilihan raya dulu’..Apa pendirian sebenar PAS ni? Alih-alih pulak, cerita akar umbi PAS nak Hadi Awang jadi PM hot. PKR dan DAP, clear nak Anwar Ibrahim jadi PM. Aish celaru nih..Agak-agak kalau Pakatan menang PRU13 hari tu, rasanya PAS kot yang buat himpunan blackout…kekeke…


Teruskan




No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...