Pages

Tuesday, October 22, 2013

Isteri Nafi Ady Putra Perguna Pengaruh VVIP Gugurkan Kes


Satu laporan akhbar hujung minggu lalu ada menyebut yang Adi Putra khabarnya telah berjumpa dengan seorang indivdu berpengaruh dengan tujuan untuk meminta bantuan berhubung kes skandal dengan isteri orang yang kini masih dalam siasatan polis.

Melalui Sinar Harian hari ini, isteri kepada Adi Putra memberikan kenyataan menafikan yang suaminya itu ada meminta bantuan individu berpengaruh untuk gugurkan kes ini dan meminta sesiapa yang tidak percaya untuk lakukan siasatan.


“Ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan,” jelas Aida Yusof.

“Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan,” tambahnya lagi.

Selain meminta semua pihak untuk bersabar, Aida Yusof turut berkata Adi Putra akan adakan sidang akhbar secepat mungkin untuk memaklumkan keputusan siasatan polis apabila telah selesai nanti.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...