Pages

Wednesday, June 5, 2013

10 Fakta Menarik Mengenai Malaysia:




1. Sebelum dikenali dengan nama Malaysia, negara ini pernah dikenali dengan nama Tanah Melayu serta  Malaya, I-Tsing, Malaiur, Maliyur dan Malayo di kalangan negara China, India dan Barat.

2. Pokok getah bukanlah pokok semulajadi yang tumbuh di Malaysia. Ianya telah dibawa ke negara ini oleh H.N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada tahun 1877.

3. Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia bertutur dalam 137 bahasa. 41 daripadanya dipertuturkan di Semenanjung Malaysia.

4. Wayang pertama yang ditayangkan di Malaysia ialah filem Laila Majnun pada tahun 1933 yang diterbitkan oleh Motilal Chemical Company, Singapura.

5. Penang Free Shool yang dibuka pada tahun 1816 merupakan sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara. Pengasasnya ialah Paderi Sparke Hutchings.

6. Tanjung Piai yang terletak di Pontian, Johor merupakan penghujung bagi benua Asia Tenggara.

7. Datuk Seri Najib Razak merupakan ahli kabinet paling muda apabila ditawarkan sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telemunikasi dan Pos pada tahun 1978 ketika berusia 25 tahun.

8. Dokumen-dokumen China yang ditulis seawal abad ke-6 menyatakan bahawa nama Kelantan pernah disebut sebagai Ho-Lan-Tan disamping nama-nama lain seperti Tan-tan dan Chich-tu.

9. Anak syarikat Samsung, Samsung Engineering and Samsung C&T adalah syarikat yang bertanggungjawab membina salah satu daripada Menara Berkembar Petronas.

10. Anda tentu tersentuh melihat filem-filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee seperti Ibu Mertuaku yang menyaksikan beliau membawa watak seorang pemain saksofon. Allahyarham sememangnya beruntung kerana dikurniakan bakat bermain pelbagai jenis alat muzik. Tapi tahukah anda, dalam bermacam-macam alat muzik yang beliau mahir, P. Ramlee sebenarnya tidak tahu bermain saksofon!


Untuk lebih info, klik sini



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...