Pages

Friday, June 7, 2013

Akta Derhaka perlu diwujudkan - Bekas hakim




Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah hari ini mencadangkan supaya undang-undang menderhaka kepada Raja digubal untuk mempertahankan institusi tersebut daripada dipersenda atau dihina oleh rakyat.

Noor berkata setakat ini kerajaan mempunyai undang-undang yang termaktub di bawah Akta Hasutan 1948 namun ia tidak spesifik.

“Sesuai sekali undang-undang ini diperkenalkan kerana yang pertama rakyat di beberapa lapisan tidak tahu lagi keistimewaan kedudukan kuasa undang-undang dan Raja, jadi dia tidak tahu itu, sewenang-wenangnya mengatakan sesuatu yang derhaka kepada Agong dan Raja,” katanya.

“Bagi saya menghasut itu tidak mencapai kepada matlamatnya, menghasut dengan derhaka adalah lain, jadi kalau guna istilah derhaka kepada Raja itu dia ada kuasanya, maka patut ada undang-undang khas tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka,” jelas beliau.
 
Noor berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Perlembagaan Malaysia’ yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis di sini tadi.

Sebelum ini Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Ahmad Atory Hussain menyuarakan padangan tersebut ketika ditemubual Antarapos.

"Kita tiada undang-undang khas mengenai perkara itu baik dari segi di internet, akhbar atau pun ucapan-ucapan, kita tiada yang spesifik.

"Sedangkan kalau kita lihat di Thailand, mereka ada akta Raja Thailand, jadi apa jua bentuk yang menghina melalui Facebook, Twitter atau ucapan, dia akan dihukum, sama ada di luar negara atau pun dalam negara, di Thailand, dia akan dihukum," katanya.

Menurut Noor lagi, kerajaan perlu terlebih dahulu memberikan pendidikan mengenai peruntukan perlembagaan khusus mengenai Raja Berperlembagaan sebelum undang-undang dikuatkuasa.

Sambung



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...