Pages

Monday, August 29, 2011

MP Kapar Terkejut!!!



Ingatkah anda bekas Presiden MCA Datuk Seri Samy Vellu dengan Bahasa Melayunya? Ya. Beliau selalu digelakkan oleh kerana bahasa melayunya yang tidak begitu bagus. Bukan itu sahaja, kekurangan beliau ini turut digunakan oleh pembangkang yang kekurangan idea serangan, untuk dijadikan modal politik mereka menyerang Samy Vellu.


Itu cerita dulu. Hakikatnya kini pujian harus diberikan kepada ahli politik-ahli politik bukan Melayu di dalam barisan kerajaan. Keupayaan mereka menguasai bahasa kebangsaan itu wajar dipuji. Dengar sahaja Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika berucap, seperti mendengar anak Melayu yang sedang bercakap. Begitu juga dengan Datuk Seri Kong Cho Ha. Tidak ketinggalan YB Kamalanathan juga, bahasa kebangsaannya begitu fasih sekali. Ini hanya contoh yang mampu Ketam beri. Tak boleh nak beri semua pasal ramai sangat.

Realitinya lagi, kita boleh lihat betapa ramainya ahli politik pembangkang yang tidak menguasai bahasa kebangsaan. Ramai jumlahnya, sumpah tak tipu. Lihat sahaja ahli parlimen Bakri, Er Teck Hua, bahasa kebangsaannya begitu lembab sekali. Begitu juga Chong Eng daripada Bukit Mertajam. Bahasa kebangsaan mereka MENGARUT. Juga YB Kapar ini, apa yang dia terkejut sangat tu?Kehkehkeh...Ini baru beberapa contoh, kalau nak diikutkan, banyak lagi contoh yang ada. Tapi penat pulak nak tulis nanti, pasal banyak sangat.

Menguasai Bahasa Kebangsaan sepatutnya bukanlah masalah kepada mereka yang ingin menjadi ahli politik. Melihatkan kepada jumlah ramainya ahli politik pembangkang yang tidak menguasai bahasa kebangsaan, maka tidak hairanlah jika mereka ini asyik nak buat kacau sahaja ketika Parlimen bersidang. Masakan tidak, mereka tidak memahami agenda persidangan. Amatlah malang kawasan yang memilih mereka menjadi wakil.

Mengambil kira mood raya sekarang ini, Ketam tak rasa untuk mengulas lebih lanjut. Ambil keberkatan hari baik katanya. Kehkehkeh...Apa-apa pun Ketam sekali lagi ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir dan batin


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...