Pages

Thursday, January 13, 2011

Program Imam Muda Kariah Anjuran JAWI

Adalah dijemput warga penjawat awam kementerian beragama Islam yang berminat untuk menyertai program tersebut. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Terbuka kepada warga kariah masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berumur 18-40 tahun sahaja.
2. Tidak terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.
3. Tidak disabitkan dengan mana-mana kes jenayah di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil.
4. Peserta yang bermastautin/bekerja di Putrajaya boleh mendapatkan pengesahan dari Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kariah,JAWI Cawangan Putrajaya. Pengesahan palsu akan mengakibatkan peserta ditolak secara automatik.

Format program seperti berikut:

1. 100 orang peserta dari setiap zon di Kuala Lumpur manakala 50 orang peserta Imam Muda dari Putrajaya akan mengikuti modul yang disediakan selama 5 bulan pada hujung minggu bermula Februari hingga Jun 2011.
2. Peserta yang terbaik akan dipilih untuk mewakili zon ke peringkat akhir pada bulan Julai 2011.
3. Peserta akan didedahkan dengan modul akidah, akhlak, tajwid, kemahiran kaunseling dan dakwah bagi melengkapkan diri ke arah imam yang bersifat multi tasking.
4. TIADA SEBARANG PENYINGKIRAN di sepanjang program.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan:

1. Tempat Pertama: RM20,000.00, umrah, sijil penyertaan dan hadiah iringan.
2. Tempat Kedua : RM15,000.00, sijil penyertaan dan hadiah iringan.
3. Tempat ketiga : RM10,000.00, sijil penyertaan dan hadiah iringan.
4. Hadiah Saguhati : RM1,000.00, sijil penyertaan dan hadiah iringan.
5. Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan dan tauliah mengajar dari Pejabat Mufti Wilayah Pessekutuan.

Tarikh Tutup Penyertaan : 20 Januari 2011.

Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi talian 03-88842600/2606/2633/2622 untuk sebarang pertanyaan untuk program tersebut. Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya, Aras 7, Blok E2, Kompleks E, Putrajaya.

*adalah diingatkan program ini bukan janaan Astro

p/s : maybe season depan baru aku join kot..hehe..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...