Pages

Sunday, January 23, 2011

Jangan Bakar Interlok jer..Azmin juga patut di "BAKAR".



Semalam semasa Jamuan Anwar Ibrahim bersama Masyarakat India kecoh apabila ahli PKR yang hendak membakar Interlok telah dihalang oleh mulut becok Lathefa Koya. Ahli PKR yang tidak berpuashati dengan tindakan c mulut becok mempersoalkan "Who r u to give me order". Walaubagaimanapun pertengkaran tersebut berjaya diredakan oleh Sivarasa "Don't argue here" (sambung gaduh kt markaz gamaknya).


Isu Interlok telah datang menerjah Tenang. Bagi sebahagian masyarakat India perkataan pariah” pada muka surat 211 dan isu kasta muka surat 219 boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dikalangan para pelajar sekolah, memberi pandangan negatif terhadap masyarakat india dan menjatuhkan maruah mereka.


Pemimpin pakatan pembangkang ini wajib diselar kerana mengamalkan perjuangan politik terpilih dan dua kasta berhubung perjuangan membela kaum di negara ini.
Sikap pembelaan terpilih dan dua kasta pakatan pembangkang ini terserlah apabila isu panggilan “pariah” oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan pada satu ketika dahulu tidak diendahkan.
Kenapakah terdapat perbezaan perjuangan dalam isu berkenaan sedangkan panggilan “pariah“ tidak sepatutnya diungkapkan kepada mana-mana pihak yang berketurunan India di negara ini. Apa yang berlaku hari ini menunjukkan pembangkang hanya menjuarai isu yang boleh menguntungkan mereka dan bukannya berjuang atas paksi kebenaran.
Jika mereka ikhlas, sudah pastinya isu panggilan “pariah” oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mendapat reaksi segera daripada mereka.
Sekiranya mereka membakar Interlok sebagai tanda protes mereka juga seharusnya “membakar” Azmin Ali bersama-sama sekali..


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...