Pages

Sunday, November 14, 2010

PKR akan berkubur?


Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin hangat dengan beberapa isu yang dilihat oleh beberapa bekas tokoh politik parti itu akan mencapai titik PENGKEBUMIAN parti itu suata hari nanti.

Namun, dicelah-celah isu yang semakin dieksploitasi oleh kebanyakkan media arus perdana adakah kita sebagai rakyat yang menentukan sedar tentang beberapa perkara.

Benarkah kekecohan dan keretakan dalam PKR itu benar berlaku atau perkara yang berlaku hanya diperbesarkan oleh media arus perdana yang begitu hebat merekahkan lagi keretakan yang sudah sedia ada?

Tokoh politik yang dilihat mampu memberi impak kepada 'Marching to Putrajaya', Datuk Zaid Ibrahim bertindak menarik diri dari bertanding jawatan nombor dua parti dan meletakkan semua jawatannya dalam PKR. Manakala, Naib Presiden parti itu, Mustafa Kamil Ayub, yang turut bertanding jawatan yang sama menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengambil tindakan terhadap memorandum yang dihantar.(walaupun selepas itu beliau membuat pengumuman akan TERUS BERTANDING DALAM PROTES...)

Jika berdasarkan maklumat dan perkembangan ini, memang benar keretakan yang hampir meruntuhkan parti sedang berlaku. Namun sehebat manakah itu kita nantikan.

Ramai bekas pejuang parti itu sudah pun menelah keretakan itu pasti berlaku akibat daripada beberapa orang 'Big Gun' dalam parti itu yang dilihat ingin menjadikan parti itu sebagai wadah peribadi.

Kenyataan seorang ahli parlimen PKR di Perak mendakwa bahawa itu perkara 'biasa' dalam pemilihan parti.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'biasa' itu? Biasa mengamalkan politik peribadi lebih daripada matlamat sebenar? Biasa 'menendang' sesiapa sahaja yang dilihat mampu mengurangkan status kekuasan 'orang lain'?

Mampukah parti ini terus berdiri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti. Atau terus berkubur sebagai satu parti yang gagal dalam perjuangan mereka.

-Writer opinion are based on information-

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...