Pages

Sunday, November 28, 2010

PKR parti untuk ANWAR


Terbukti kini PKR merupakan parti untuk Anwar bukan parti untuk keadilan. Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin telah mencadangkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum iaitu satu jawatan baru dalam parti - bagi mengukuhkan lagi kedudukan Penasihat PKR itu.

Zuraida juga turut mendesak pindaan serta-merta dalam Perlembagaan parti itu perlu dilakukan bagi merealisasikan kewujudan jawatan berkenaan. Anwar merupakan pemimpin paling sesuai untuk memegang jawatan berkenaan kerana beliau terlibat sejak dari awal sejarah penubuhan PKR.

“Anwar adalah susuk penting dalam sejarah penubuhan Keadilan. Peranan dan pengaruh utamanya tidak boleh kita nafikan."

“Kewujudan jawatan Ketua Umum yang dicadang bukanlah satu ancaman kepada autoriti dan pengaruh kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sedia ada sebaliknya, hanya berperanan sebagai mentor kepada pembangunan parti semata-mata”

"Jawatan Ketua Umum yang akan diwujudkan itu tidak boleh dipertandingkan dan hanya Anwar sahaja yang berhak ke atas jawatan tersebut di atas peranan serta pengaruhnya dalam pembangunan parti itu."

"Anwar tidak harus disia-siakan sebaliknya ia perlu dimanfaatkan demi kelangsungan parti dan sentiasa digeruni parti lawan."

“Relevannya diwujudkan jawatan Ketua Umum untuk Anwar adalah demi menjaga dan memulihara pengaruh peranan dan statusnya dalam PKR agar kelangsungannya dalam lapangan politik semasa terus gah dan sentiasa digeruni,”

Telah jelas kini PKR merupakan parti untuk Anwar. Demokrasi yang di war-warkan selama ini hanyalah retorik semata-mata..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...