Pages

Friday, November 12, 2010

Masyarakat India semakin menolak Anwar?


Korang semua mesti ingat lagi keputusan PRU 2008 aritu…BN, gabungan yang selalu mencatatkan majority selesa dalam tempoh 43 tahun yang lalu telah menerima tamparan paling hebat sekali dalam sejarah kerjasama mereka. KEKALAHAN YANG PALING TERUK DALAM SEJARAH!!! Aku percaya benda tu takkan luput dari minda rakyat Malaysia untuk jangka masa yang lama Tsunami politik yang berlaku pada 8 mac 2008. BN yang begitu BERKUASA selama ini nampak sudah ditolak oleh penduduk Malaysia. Pakatan Pembangkang aka Pakatan Rakyat (PR) yang pada 2004 hanya mampu memperolehi 20 kerusi parlimen telah berjaya menambahnya kepada 82 kerusi pada 2008 satu peningkatan yang sangat menakjubkan iaitu 410% peningkatan!!!!

Aku still ingat lagi malam pengumuman keputusan tu aku dengan budak2 rumah aku lepak depan tv. Punya r poyo kitorang catat siapa menang siapa kalah time tu. Seriously kitorang semua agak terkejut dengan beberapa keputusan yang SANGAT2 MENGEJUTKAN!!!mane taknya, POLITICIAN POLITICIAN YANG POWERFUL kalah dengan politician yang boleh dianggap sebagai calon hingusan, memang r terkejut beruk kitorg…keputusan yang boleh dianggap sebagai x munasabah….

Antara yang jadi MANGSA adalah shahrizat jalil, zainuddin maidin, koh tsu koon dan juga otai orang India kat Malaysia ni, Samy Vellu….besides that, lima negeri (pastu tinggal empat je) turut berjaya dirampas atau dikekalkan (Kelantan) oleh pakatan pembangkang termasuk negeri PM time tu, Pak Lah iaitu Penang dan juga negeri PM paling lama di Malaysia, Tun M….

Dalam banyak2 keputusan yang menggemparkan tu, bagi aku yang paling mengejutkan adalah kekalahan samy vellu yang merupakan presiden parti MIC di kubu kuat beliau iaitu di Sungai Siput. Bagi aku, keputusan tu paling menakjubkan….mana taknye, da lapan kali Samy menang kat Sungai Siput, alih2 dalam attempt die yg kesembilan die tersungkur lak…gile mengejutkan…Samy, orang yang boleh dianggap sebagai Bapa Kepada Masyarakat India di Malaysia akhirnya dijatuhkan oleh demokrasi.

Kajian yang dilakukan selepas PRU 12 menunjukkan hampir 50% masyarakat India telah menolak MIC dan memberikan sokongan mereka kepada pembangang…eh, pembangkang….MIC yang pada PRU sebelumnya ada 16 kerusi parlimen hanya mampu menang tiga je pada 2008…MEMALUKAN….so, factor masyarakat India menolak MIC boleh dikatakan salah satu punca mengapa Tsunami politik melanda pada tahun itu…

Selain itu, kajian juga mendapati masyarakat India menolak BN kerana mereka merasakan diri ditindas dan didiskriminasi oleh kerajaan dan MIC pula nampak seperti tidak mengambil apa2 tindakan untuk membela nasib mereka.

Dalam masa yang sama, si pembangkang yang diketuai oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerja keras untuk memancing sokongan daripada masyarakat India…Bersungguh2 gila orang tua tu nak pancing sokongan orang India…kira time tu dia r hero orang india ala2 RAJNIKAN…dengan kebolehan beliau memanipulasi orang, die guna strategi baik punya dengan melaung2kan slogan dalam bahasa Tamil…orang2 India pon bila tengok Anwar punya r bersungguh2 MEMPERJUANGKAN bangsa diorang mula terpengaruh dengan manipulasi Anwar yang sungguh bergaya itu….berapi2 Anwar dok kempen yang masyarakat India ni da lame kena tindas di negara sendiri dan jika mereka menyokong pembangkang nasib mereka akan berubah sama sekali…hebat…manifestasinya kita boleh tengok bahawa di dalam PKR jika dipecahkan mengikut bangsa, India adalah bangsa yang teramai di dalam PKR…

Ok2…cukup aku mengarut pasal benda yang da lepas…meh kita cakap pasal reality pulak cuz pada aku PRU 12 tu ibarat mimpi pembangkang je…n mimpi x selalunya indah….sekarang ni da 2010…nak2 pulak pentadbiran negara da berubah n aku percaya pakatan pembangkang akan dapat mimpi buruk pulak x lama lagi…PERCAYALAH!!!

Pada pendapat aku r kan, berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan oleh kerajaan sekarang ini, aku dengan konfidennya mengatakan yang kalu x semua, separuh orang India yang tidak menyokong kerajaan pada 2008 da kembalikan sokongan diorang pada BN…apsal aku konfiden sangat? Aku ade reason aku sendiri kenape aku wat statement tu…

Pada aku, reason yang paling kuat sekali mendorong orang India kembali menyokong BN adalah berambusnya Samy Vellu dari MIC tahun depan…kebanyakkan orang India sebenarnya sudah muak dengan pentadbiran Samy…mereka sebenarnya saying kepada MIC…tapi da x ley blah ngan samy yang mentadbir begitu lama sekali…berdasarkan kajian, komuniti India sudah muak ataupun fed up dengan samy yang dilihat tidak mementingkan kemajuan masyarakat India walaupun sudah mentadbir denagn lama…Samy dikatakan sudah tidak relevan lagi untuk MIC dan pentadbiran baru yang lebih segar diperlukan untuk mempertahankan hak orang India…

Secara peribadinya, aku agak setuju dengan ayat “pentadbiran baru yang lebih segar”…tapi aku agak tidak bersetuju dengan dakwaan yang mengatakan samy tidak berbuat apa2 untuk memajukan masyarakat India…come on lah…pada aku da banyak yang dilakukan oleh samy…sangat banyak…ye, mungkin tak cukup…tapi siapa je yang perfect? Cuba bagi tau sket…sape yang perfect? Anwar? Kit Siang? So aku rase sebenarnya masyarakat india telah berjaya dimanipulasi oleh raja pusing sedunia iaitu Anwar….tu je kesahnya…

Ha…alang2 da sebut Anwar neh, aku rasa dia pon boleh menjadi salah satu factor pendorong masyarakat India buat u turn sokong BN blk…macam yang aku ckp tadi r kan…Anwar neh punya cakap pergh gila babi…janji itu janji ini…pakai slogan itu…pakai slogan ini…macam2 retorik yang dia pakai untuk pancing sokongan orang….tapi, dia ni jenis cakap je bok bang…buat tada…tengok je apa yang jadi kat Kampung Buah Pala….cakap tak serupa bikin mamat ni…

Selain tu, pemilihan PKR yang da macam sarkas je ni pon da bukak mata penyokong2 PKR tentang petapa rapuhnya keadilan yang dilaung2kan….yang tu aku xnak komen sangat…tu nanti aku wat satu special report tentang pemilihan PKR ek…

Selain itu, kes bontot-membontot yang menyelubungi Anwar pon satu lagi reason masyarakat India yang semakin menolak pembangkang…pulak tu, bukan anwar je yang ada moral issue, ramai lagi pemimpin2 dalam PKR yang lebih kurang je…

actually banyak lagi aku nak tulis…tapi aku rase cukup r setakat ini je ek…lagi satu, ini pendapat aku je…mane yg x puas ati tu ley email aku, kite set tempat jumpa…bukan nak gaduh…kita jumpa tukar2 pendapat je…sekian je r ek…adios

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...