Pages

Thursday, November 25, 2010

Mahfuz: Krisis PKR tidak menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berpendapat krisis yang sedang melanda PKR sekarang ini sebagai satu isu yang tidak akan menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap PKR dan pakatan pembangkang.

Menurut ahli parlimen Pokok Sena itu, beliau melihat isu itu sebagai satu kocakan kecil yang bukan sahaja melanda PKR, tapi mana-mana parti yang wujud.

“Pada saya, perkara ini hanyalah krisis dalaman yang tidak membawa kepada krisis kepercayaan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat. Saya percaya kepimpinan tertinggi PKR cukup bijak dan mampu untuk mengurus masalah yang sedang melanda mereka itu,” kata Mahfuz.

Beliau turut menambah yang pada masa ini PAS masih belum membuat keputusan untuk bertanding berapa banyak kerusi pada pilihanraya umum yang akan datang.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...