Tuesday, October 22, 2013
Tolak dua undang-undang: BNBBC bukan pak turut
Jika selama ini ada yang fikir anggota BNBBC hanyalah ‘pak turut’ atau ‘yes man’ dengan menyokong apa sahaja undang-undang atau cadangan kerajaan di Parlimen, tanggap itu salah.
Lihat sahaja hujah ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan ahli parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman di Dewan Rakyat Selasa yang mahu kerajaan menarik balik dua cadangan pindaan dalam Kanun Keseksaan berhubung perbiatan mengina Jalur Gemilang dan vandalisme.
Malah, di luar Dewan, timbalan pengerusi BNBBC terus mempertikaikan pindaan itu ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mahu menjelaskan mengenai perkara yang cetuskan kontroversi di dalam Dewan, semalam.
Menurut Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad, perkara tersebut dibangkitkan anggota BNBBC malah meminta pandangan itu diambil kira kerajaan sebelum meluluskannya pindaan berkenaan.
“Saya dengar ramai yang tak setuju. Ada tak setuju segi vandelisme dan hukuman terhadap penghina bendera. Kita sudah mencadangkan hukuman terhadap menghina benderaan mengikut Akta Keharmonian Nasional,” katanya kepada bnbbc.my.
Tegasnya, jika dimasukkan di bawah Akta Penderhakaan, ia akan membawa hukuman mati.
“Berat sangat keputusan itu. Jadi lebih wajar diletakkan di bawah akta lain. Kalau kena penjara tidaklah hukuman terlalu berat. Ini juga dapat menyedarkan mereka,” katanya.
Sehubungan itu, Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bharu menolak dakwaan kononnya penarikan dua pindaan itu oleh kerajaan kerana bantahan pembangkang.
“Kita akan mempertahankan yang betul dan menolaknya jika perkara itu difikirkan tidak wajar,” katanya.
Mengenai kesalahan vandelisme, Shahrir mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) diberikan undang-undang lebih sesuai bagi mengatasi perbuatan itu
Klausa 5 dalam rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua semalam antara lainnya menggariskan hukuman penjara mandatori 15 tahun dan denda untuk kesalahan memijak Jalur Gemilang atau apa-apa bendera negara lain dengan niat untuk menghina.
Klausa 55 pula menyatakan bahawa individu yang mengambil bahagian dalam perbuatan vandalisme, termasuk memasang kain rentang dan poster haram, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.
Ahli Parlimen dari kedua-dua kem membantah pindaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tindakan “tidak wajar” dan “kejam”.
Sementara itu, Nancy memberitahu media di Lobi Parlimen pada Rabu, cadangan pindaan undang-undang untuk hukuman penjara mandatori bagi kesalahan merosakkan dan menghina bendera kebangsaan yang menjadi kontroversi telah ditarik balik..
Kedua-dua kesalahan di bawah Fasal 5 dan 33 masing-masing dianggap lebih baik dilindungi di bawah undang-undang lain seperti Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan.
“Kesalahan menghina Jalur Gemilang yang terbaik adalah dilindungi di bawah Akta keharmonian Nasional yang dicadangkan.
“Vandalisme secara umum boleh dilindungi di bawah undang-undang kecil, tetapi kita perlu menyusun semula Fasal 33 untuk menggambarkan jenayah yang lebih serius dahulu,” katanya. -22/10/2023
- bnbbc.my
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment