Pages

Monday, December 20, 2010

Pilihanraya Lagi..

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Jumaat ini.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata pihaknya sudah menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN).
“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Disember di Putrajaya,” katanya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...