Pages

Saturday, October 19, 2013

Pilihlah MT terbaik mantapkan UMNO


Teka teki siapa tiga Niab Presiden UMNO pasti terjawab apabila kira-kira 150 ribu perwakilan 191 Bahagian UMNO seluruh negara memilih mereka pada Sabtu.Tiga penyandang jawatan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal dicabar tiga pemimpin lain gandingan darah lama dan baru dalam UMNO.

Nasib Tan Sri Isa Samad, Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir juga akan ditentukan perwakilan dalam proses baru pemilihan dengan memberi ruang akar umbi menentukan pemimpin masa depan mereka.


Disebalik cabaran kedudukan nombor tiga dalam parti itu, jawatan Majlis Tertinggi (MT) juga hebat dengan 64 calon termasuk beberapa penyandang berentap mengisi 25 jawatan MT.

Melihat senarai calon-calon yang menawarkan diri, perwakilan ada banyak pilihan sama ada mahukan yang dianggap ‘orang lama’ atau ‘orang muda’ – yang kerap dilaung-laungkan dalam usaha meremajakan UMNO.

Ada berjawatan dalam Kabinet Pusat sama ada menteri dan timbalan dan tidak kurang juga mereka yang tidak berjawatan tinggi tetapi masih menawarkan diri atas dasar mahu membawa perubahan kepada UMNO.

Menarik untuk dilihat mampukan beberapa penyandang MT mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan kali ini.

Antaranya Datuk Seri Mustapa Mohamad (calon No 16) , Datuk Seri Ismail Sabri ( 4), Datuk Seri Shabery Cheek (13), Datuk Seri Jamaluddin Jarjis ( 25), Datuk Abdul Azeez Rahim (15), Datuk Idris Jusoh (18) Datuk  Mahdzir Khalid (19) dan  Datuk Mohd Puad Zakarshi nombor 21.

Penyandang lain adalah Datuk Bung Moktar Radin (no 26), Datuk Dr Abd. Latiff  Ahmad (33), Datuk Noraesah Mohamad (35), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (41), Datuk Idris Haron (49) dan Datuk Saifuddin Abdullah nombor 58.

Ada antara mereka baru sepenggal manakala yang lain dua penggal sebagai ahli MT.

Dalam pemilihan kali ini, sebahagian besar mereka tidak bergantung kepada jawatan menteri atau timbalan tetapi yakih tanpa jawatan itu peluang masing-masing terpilih tetap cerah.

Berdasarkan trend pemilihan dalam sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO minggu lalu yang rata-rata mengekalkan pemimpin terdahulu, penyandang mempunyai harapan dikekalkan oleh perwakilan.

Mereka ini ada dalam MT ketika UMNO sangat kuat pada pemilihan 2004 dan mula lemah pada 2008.

Ketika UMNO ‘bangkit’ semula berdasarkan pencapaian 88 daripada 80 kerusi Parlimen pada PRU 13, mereka ini antara berperanan besar memastikan kerajaan Barisan Nasional terus kekal mentadbir negara.

Antaranya Dr Latiff, ahli Parlimen Mersing – bekas timbalan menteri Sumber Manusia, Kesihatan dan Pertahanan dan kini Pengerusi SPNB serta Setiausaha BNBBC

Rakan beliau ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar juga tidak kurang hebatnya di Dewan Rakyat mematah hujah-hujah pembangkang tanpa gentar.

Jika 15 daripada mereka ini terus kekal, perwakilan boleh memilih 10 lagi calon MT dengan memberi ruang kepada pemimpin yang muda dan segar bagi mencapai matlamat meremajakan UMNO.

Mereka tentunya Datuk Shamsul Anuar Nasarah (no 2), Datuk Zahidi Zainul Ariffin (7), Datuk Musa  Sheikh Fadzir (12), Datuk Sohaimi Sahadan (17), Datuk Razali Ibrahim (20) Datuk Abdul Rahman Dahlan ( 32) dan Datuk Seri Rezal Merican (63).

Calon lain bagi mengimbangi golongan baru dan lama Datuk Seri Shahidan Kassim (no 1),Tan Sri Annuar Musa (no 6) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom (31) .

Namun calon-calon wanita seperti Datuk Seri Azalina Othman (no 36), Datuk Halimah Sadique (22) dan Datuk Hamidah Osman ( 43) juga tidak wajar diketepikan.

Apa pun terserah perwakilan menilai kesemua 64 calon yang menawarkan diri bagi jawatan MT.

Pilihan wajarlah berlandaskan rasional, kesinambungan kepimpinan dan menguatkan UMNO bagi berdepan PRU 14,  – 18/10/2013



Senarai Penuh Calon-Calon Majlis Tertinggi (MT)

SHAHIDAN BIN KASSIM – 1
SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH – 2
AZIZ JAMALUDIN BIN HJ MHD TAHIR – 3
ISMAIL SABRI BIN YAAKOB – 4
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN – 5
ANNUAR BIN HAJI MUSA – 6
ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN – 7
TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN – 8
MISRI BIN BARHAM – 9
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN -10
MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR – 12
AHMAD SHABERY BIN CHEEK – 13
AB AZIZ BIN KAPRAWI – 14
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM – 15
MUSTAPA BIN MOHAMED – 16
SOHAIMI BIN SHAHADAN – 17
IDRIS BIN HJ JUSOH – 18
MAHDZIR BIN KHALID – 19
RAZALI BIN IBRAHIM – 20
MOHD PUAD BIN ZARKASHI – 21
HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE – 22
YUSOFF BIN ISHAK – 23
MOHD ARIFF BIN ABDUL AZIZ – 24
JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS – 25
MOKTAR BIN RADIN – 26
AB WAHAB BIN IBRAHIM – 27
ZAWAWI BIN OTHMAN – 28
RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH – 29
ROSNI BINTI ZAHARI – 30
JAMIL KHIR BIN BAHAROM – 31
ABD RAHMAN BIN DAHLAN – 32
ABD. LATIFF BIN AHMAD – 33
RAZALI BIN HUSAIN – 34
NORRAESAH BINTI MOHAMAD – 35
AZALINA BINTI OTHMAN – 36
SITI ZAHARAH BINTI SULAIMAN – 37
MD ALWI BIN CHE AHMAD – 38
AZMAN SHAH BIN OMAR SHAH – 39
MOHAMAD BIN HJ HASAN – 40
TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN – 41
MAZNAH BINTI ABD HAMID – 42
HAMIDAH BINTI OSMAN – 43
HASAN BIN MALEK – 44
MOHD SAZILI BIN SHAHIBI – 45
ABD ZARIN BIN MOHD YASIN – 46
MOHAMAD SATIM BIN DIMAN – 47
AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHAMED – 48
IDRIS BIN HARON – 49
MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL – 50
WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD – 51
NUR JAZLAN BIN MOHAMED – 52
NASIR BIN SAFAR – 53
AZLAN BIN MAN – 54
ZUBIR BIN HARUN – 55
AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN – 56
MOHSIN BIN YUSOFF – 57
SAIFUDDIN BIN ABDULLAH – 58
ISHAK BIN ISMAIL – 59
A RAHIM BIN TAMBY CHIK – 61
AHMAD BIN JAAFAR – 62
REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN – 63
SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO -64


- bnbbc.my


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...