Pages

Tuesday, September 24, 2013

Pembangkang terus jaja isu Chin Peng


Sudah lebih seminggu tetapi isu kematian Chin Peng serta kontroversi sama ada abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya wajar dibawa balik ke sini terus dijaja pembangkang.

Malah pembangkang turut menghantar wakil parti masing-masing ke Bangkok sebagai penghormatan kepada keluarga Chin Peng.
komunisIni membuktikan pembangkang sanggup menggunakan apa sahaja asalkan dapat laba politik termasuk menjadikan orang sudah mati malah abunya sebagai isu untuk meraih sokongan.
Sepatutnya, mereka sedar dan menilai kemarahan rakyat negara ini khususnya ahli keluarga yang pernah menjadi mangsa kekejaman Chin Peng.
Beliau  adalah orang yang bertanggungjawab atas kematian ribuan anggota pasukan keselamatan dan rakyat negara ini.
Pembangkang harus memahami kenapa kerajaan Malaysia tidak membenarkan mayat Chin Peng atau abu beliau dibawa balik selepas pemimpin parti komunis itu mati akibat sakit tua di Bangkok pada 16 September lalu.
Kerajaan Thailand sendiri menghormati pendirian Malaysia yang tidak membenarkan abu mayat Chin Cheng dibawa balik ke sini, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.
Menurut Abu Zahar perkara itu dinyatakan oleh Presiden Sahabat Parlimen Thailand-Malaysia Narong Duding dalam pertemuan mereka di sini.
“Narong memberitahu pihak kerajaan Thailand tidak mengiktiraf perjuangan Chin Peng dan mereka faham serta menghormati keputusan yang dibuat kerajaan Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu.
Narong mengetuai delegasi 11 orang melakukan kunjungan ke Parlimen. Turut serta Duta Thailand ke Malaysia Krit Kraichitti dan bekas Perdana Menteri Thailand Chuay Leek Pai.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa, 90, dibawa balik ke negara ini.
Selain itu, larangan kerajaan membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah untuk mengelakkan pihak tertentu membina tugu peringatan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengatakan jika abu bekas pemimpin PKM itu dibawa masuk ke Malaysia, dikhuatiri akan mendorong pihak tertentu membina tugu bagi memperingatinya.
“Ia bukan sahaja mengenai abu mayatnya. Kami bimbang seseorang akan membina tugu peringatannya dan memberi penghormatan kepadanya,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat pada Isnin.
Cukuplah pembangkang mempolitikkan segala perkara tambahan pula pilihanraya umum sudah berlalu dan tiba masanya mereka fokus kepada apa yang telah DAP,PKR dan PAS janjikan kepada rakyat yang menyokong mereka pada PRU lalu.
Jangan mereka hanya bising meminta lebih masa atau ruang di Dewan Rakyat tetapi ruang yang ada tidak mereka penuhi dengan perkara bermanfaat sebaliknya memperlekeh usaha-usaha kerajaan demi kebaikan semua tanpa mengira parti politik.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...