Pages

Monday, September 23, 2013

1000 Pemandu Teksi Menjadi Sasaran SPAD!!!


Apa cerita nie? takde angin takde ribut tiba-tiba pemandu-pemandu teksi menjadi sasaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)!!!
Ooo rupa-rupanya Program TEKS1M yang diperkenalkan baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada pemandu teksi yang mahu memiliki lesen individu dan Proton Exora sebagai pengganti teksi lama mereka.
Tapi apa yang hebatnya program itu sehingga ribuan pemandu teksi mahu menyertainya?
Manakan tidak, pakej yang ditawarkan oleh SPAD macam tak masuk akal  dengan pelbagai insentif terutamanya geran RM5,000 serta kadar faedah pinjaman bank serendah 2% setahun ditawarkan.
Bagaimanapun, untuk pusingan pertama, hanya 1000 orang pemandu bertuah sahaja yang akan dipilih untuk menyertai program TEKS1M ni. Maksud bertuah itu mereka yang layak dan menepati kriteria yang ditetapkan oleh SPAD.
Tetapi mereka yang bertuah itu juga tetap akan disaring lagi kerana rekod perbankan mereka juga perlu disemak oleh pihak bank supaya tidak kesulitan dikemudian hari. Jika rekod tidak baik macam mana pinjaman nak lulus.
Untuk tujuan itu Bank Simpanan Nasional (BSN) telah dilantik untuk memudahkan pemandu teksi memperolehi pinjaman. Setakat ini sebanyak 85 permohonan telah diluluskan, sebahagian telah ditolak dan bakinya masih lagi dalam saringan pihak BSN.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar baru-baru ini telah mengadakan lawatan di Puspakom Shah Alam untuk melihat sendiri bagaimana teksi tersebut dibuat pemeriksaan keselamatan sebelum diserahkan kepada peserta yang berjaya.
Dalam lawatan tersebut, beliau berharap pihak BSN dapat mempermudahkan dan menyegerakan proses pinjaman supaya sasaran 1000 TEKS1M beroperasi pada penghujung tahu ini dapat dicapai. 
“Halangan buat masa ini jelas kelihatan di bahagian permohonan pinjaman sahaja. Dari segi penyediaan unit kenderaan Exora tidak menjadi masalah buat Proton sediakan,” katanya.
Proton sudah menerima tempahan sebanyak 907 buah TEKS1M tetapi setakat ini hanya 85 permohonan sahaja yang diluluskan. Ianya merupakan jumlah yang sangat kecil berbanding sasaran awal 1000 buah.
SPAD bagaimanapun tidak melihat ianya satu masalah kerana mereka telah menerima lebih 12000 permohonan untuk menyertai program tersebut dan yakin mampu mencari pengganti pemandu teksi lain yang berkelayakan bagi mengisi kekurangan itu.
Kepada mereka yang belum berjaya jangan kecewa kerana peluang masih ada. Lagipun ini baru pusingan pertama. Ada banyak peluang lagi dimasa akan datang kerana SPAD pasti akan memberikan yang terbaik untuk anda.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...