Sunday, October 20, 2013
Wartawan TMI Bakal Berdepan Dengan Tindakan Saman
Ketika majoriti ahli UMNO sedang sibuk dengan kehangatan pemilihan Umno, masyarakat dikejutkan dengan laporan portal pembangkang, The Malaysia Insider (TMI) yang dikatakan bakal di saman calon Naib Presiden, Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan satu artikel fitnah yang disiarkan mereka.
Fitnah yang ditaburkan portal itu memperlihatkan tahap ‘profesionalisme’ dan etika di kalangan wartawan-wartawan portal itu yang cuba meraih 'hit' yang tinggi dengan menghidangkan laporan palsu sebagai hidangan untuk pengunjung setia mereka.
Lebih kurang kesnya TMI ini dengan Surendran, berani tulis tapi tak berani tanggung. Sudah tulis, nak disaman pandai pula minta maaf awal-awal. Sekarang ini, mudah sahaja.
Kalau sumber itu benar tak perlu gentar untuk keluarkan kenyataan ataupun buat berita sekali pun.
Tetapi kalau subuh-subuh gajah lagi sudah maklum dengan sumber yang kabur, dan boleh menimbulkan kemarahan mana-mana pihak, elok batalkan niat untuk menyiarkan artikel sebegitu rupa.
Sudahnya, TMI sendiri yang malu dan kena minta maaf. Memang banyak kes sebegini, suka menulis sangat sehingga tidak fikir kesan akan datang. Biasalah dengan portal pro pembangkang ini, kalau pasal kerajaan laju sahaja dia hentam, tapi kalau pasal pembangkang yang dijulang itu cepat-cepat sorok bawah karpet.
Lepas itu, laju sahaja kalau nak menuduh Umno banyak tabur fitnah, sedangkan sebenarnya mereka yang galak buat fitnah dengan keluarkan artikel yang sebegitu. Artikel yang banyak menjadi penyebab kepada pecah belah antara kaum. Artikel yang banyak menyentuh sensitiviti beragama, perkauman dan sebagainya.
Sekarang ini, TMI dok pakat nak hentam Datuk Seri Hishamuddin dengan menggunakan sumber dalaman berkenaan 'wahyu' dari pihak atasan. Mereka ini nampaknya tak kenal serik, rasanya perlu disaman penulis artikel yang 'berani' sangat itu untuk membuktikan kejantanan penulis artikel.
Sekadar nasihat kepada para wartawan yang bekerja di portal-portal pembangkang yang kerjanya hanya untuk membuat berita palsu dan fitnah, ada baiknya mula memikirkan untuk mencari kerja lain. Kerana silap hari bulan, mereka bakal berdepan dengan tindakan undang-undang yang memungkinkan mereka menjadi muflis di umur muda.
Silap-silap, para wartawan yang bekerja di TMI ini, gajinya habis untuk bayar saman sahaja.....nasiblah.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment