Pages

Monday, May 20, 2013

Khalid tak patut remehkan kritikan




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak sepatutnya menyifatkan kritikan yang dibuat ke atasnya sebagai serangan peribadi dan tidak profesional, kata ADUN Bukit Melawati, S. Manikavasagam.

Beliau berkata Khalid sepatutnya menerima kritikan dan teguran terhadapnya sebagai sesuatu yang membina sekaligus meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbirannya.

Manikavasagam yang juga bekas Ahli Parlimen Kapar memberitahu, Khalid adalah seorang majikan yang sukar dibawa berbincang dan tidak akan menerima kritikan terhadapnya.

"Saya pun kena tukar ke (DUN) Bukit Melawati (kerana mengkritiknya). Ramai tanya kenapa saya ditukar, saya kata ini keputusan parti. Saya minta tempat bertanding di Ijok tapi mereka bagi Bukit Melawati," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Sebelum ini, Antarapos pernah melaporkan Manikavasagam sebagai berkata Khalid enggan melayan dan tidak memberikan kerjasama kepadanya walhal isu-isu yang diutarakan kepadanya adalah berkaitan permasalahan rakyat.

Bukan itu sahaja, Khalid juga seringkali dikritik pemimpin akar umbi PKR kerana sikapnya yang kerap kali membelakangkan parti dan langsung tidak menyumbang kepada parti.

"Sepatutnya (PKR) kena bagi peluang kepada orang lain... Memang saya tahu Azmin Ali nak jawatan itu, saya tahulah. Dia pun ada pernah (nak jadi MB).

"Tapi sekarang keputusan dan buat, dia pun dah angkat sumpah. Saya ingat tak perlu komen banyak," katanya mengulas kenyataan Khalid yang diwawancara akhbar The Star hari ini.

Dalam wawancara itu, Khalid membidas ADUN Gombak yang juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali yang sebelum ini mengkritiknya sebagai seorang pemimpin yang mudah dicucuk hidung.

Azmin sebelum ini menetang hasrat PKR untuk melantik Khalid untuk kembali menjawat jawatan nombor satu Selangor itu.

Timbalan Presiden PKR itu juga membidas tindakan presiden parti itu yang bertindak menghantar nama calon menteri besar negeri itu secara rahsia tanpa dirujuk kepada pimpinan PKR terlebih dahulu.

Beberapa jam selepas bantah itu, Azmin kembali menyatakan sokongan terhadap Khalid namun menegaskan Khalid mesti bebas dari kongkongan dan pengaruh individu lain dalam pengurusan dan pentadbiran negeri.


Sambung


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...