Hanya PKR dilihat terus mencanang dakwaan 'kecurangan' keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dikala dua rakan kompenannya mengambil jalan selamat serta menerima hakikat bahawa rakyat memilih untuk memberikan mandat kepada Umno Barisan Nasional (BN) bagi menerajui negara, kata penganalisis politik, Datuk Dr Firdaus Abdullah.
"Yang sedihnya sekarang, hanya nampak sekarang PKR dan Anwar (Ketua Umum PKR) sahaja yang beria-ia melaung kesana-sini tentang itu (kekalahan). Sedangkan nampak dari jauh PAS seakan-akan boleh terima kenyataan. Sedangkan DAP dia taknak bermain api, tapi dia minta Anwar main api," katanya kepada Antarapos.
"Jadi saya nampak DAP main selamat. Dia (DAP) oklah, kau nak buat kacau, buat kacaulah. Kita akan sokong kekacauan kamu. Tapi (seolah) tak terlibat," katanya lagi.
Pakatan Rakyat selepas tewas dalam PRU13 awal Mei lalu mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus sehingga menyebabkan kekalahan mereka.
Sebaliknya mereka bertegas, kemenangan sepatutnya milik Pakatan Rakyat berikutan undi popular menyebelahi gagasan itu.
Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pula menjelaskan perlembagaan negara hanya mengambil kira jumlah kerusi yang dimenangi untuk menentukan parti manakah yang layak menubuhkan kerajaan persekutuan dan bukannya bergantung kepada undi popular.
Pakatan Rakyat kemudiannya menganjurkan beberapa siri himpunan kononnya bagi menunjukkan bertapa rakyat tidak mengiktiraf keputusan PRU13 itu.
Anwar sendiri menyeru penyokong pembangkang keluar beramai-ramai dan menyatakan bantahan terhadap keputusan PRU13.
Sambung
No comments :
Post a Comment