Pages

Monday, May 20, 2013

Henti kegilaan PR, rakyat perlu bertindak



Oleh Shawaliah Hadir

Rakyat perlu menghentikan 'pesta kegilaan' menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang didalangi parti pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Rakyat juga katanya perlu menghantar mesej yang jelas kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar berhenti memainkan sentimen kemarahan sebaliknya fokus kepada peranan mereka membela nasib dan berkhidmat untuk rakyat.

"Saya setuju kalau dilihat sekarang ini ada pesta kegilaan di kalangan orang-orang kecewa ini perlu dihentikan dan yang perlu  menghentikannya ialah rakyat.
 
"Keputusan rakyat yang dibuat berdasarkan sistem pilihan raya melalui pemilihan rakyat sendiri," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas selesai tengah hari tadi.

Parti pembangkang sebelum ini mendakwa bahawa keputusan pilihan raya baru-baru ini tidak telus dan mencanang Pakatan Rakyat yang harus menag sementelah gagasan itu memperolehi 'undi popular'.

Mengulas perkara itu, shabery Cheek berkata, Pakatan Rakyat harus menerima hakikat bahawa majoriti rakyat di negara ini memberikan mandat kepada Umno BN untuk mengemudi negara dan bukannya pembangkang.

"Bagi kita menentukan kerajaan. Adalah melalui jumlah kerusi (yag dimenangi). Bukan sahaja org bandar, tapi juga orang luar bandar,  kalau suara mereka menyuarakan majoriti menerima parti sekarang sebagai pemerintah.

"Saya rasa perkara ini jelas, mereka setuju dipermulaan kalau tidak setuju, jangan bertanding, jangan angkat sumpah kalau tidak terima jangan terima semua keputusan di Selangor, Pulau Pinang contohnya," tegasnya lagi.

Pada PRU13 awal Mei lalu, Umno BN memenangi 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat yang hanya memenangi 89 kerusi sahaja.

Sumber



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...