Pages

Friday, May 31, 2013

Pencapaian SPAD di Geneva Bukti Komitmen Transformasi Kerajaan





Satu lagi pencapaian membanggakan negara serta mengangkat imej Malaysia di peringkat antarabangsa telah dapat kita saksikan baru-baru ini di Geneva apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah diangkat sebagai penerima Anugerah Komitmen Politik Asia Pasifik dari Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP).

Anugerah berprestij yang diterima ketika kongres persatuan itu 29 Januari lalu adalah sebagai pengiktirafan  UITP  terhadap usaha gigih SPAD di dalam merealisasi dan melaksanakan mercu tanda baru dalam projek-projek pengangkutan awam di Malaysia menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) seperti MRT, perkhidmatan bas GO-KL di Pusat Perniagaan Bandar (CBD), sistem Teksi 2 Peringkat KLIA, Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF).

Kita juga pastinya dapat melihat sendiri bagaimana komited suruhanjaya ini di dalam menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak dari penubuhannya pada 2010 lalu.

Pada yang terlepas pandang, tak nampak, tak perasan, dan segala bagai tak lagi, berikut Ketam himpunkan antara inisiatif yang telah diusahakan SPAD buat masa ini.

Antara Pencapaian dan Kejayaan SPAD Dalam Tempoh 3 tahun ini adalah:

  • Pembinaan MRT - Membina laluan MRT sepanjang 60km yang terdiri daripada 35 buah stesen. Projek ini dijangka memudahkan 1.2 juta penduduk sekitar Lembah Kelang. Dijangkakan seramai 442,000 pengguna sehari akan menggunakan MRT bila ia siap kelak.
  • Bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) - Meringankan kos selenggara yang terpaksa ditanggung pemandu teksi.
  • Bantuan Tayar 1Malaysia - Membantu para pemandu teksi dalam mendapatkan tayar percuma atau pada kadar berpatutan.
  • Insurans Berkelompok serta Khairat Kematian - Menyediakan insurans kelompok untuk pemandu-pemandu teksi.
  • Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, Hilang Upaya dan Kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berlesen dengan SPAD bagi Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk Sabah dan Sarawak.
  • Pemberian Lesen Teksi Individu kepada 1,000 pemandu/pengusaha teksi. - Membuka peluang kepada para pemandu teksi bagi mendapat lesen teksi individu sekaligus meningkatkan pendapatan.
  • Perkhidmatan bas percuma Go-KL di sekitar kawasan Bukit Bintang. - Menjadi sebahagian daripada senarai pilihan bagi mendapatkan perkhidmatan awam. Paling penting ianya percuma!
  • Membenarkan teksi bandar beroperasi di KLIA - Sebagai mekanisme sokongan kepada perkhidmatan teksi limo sedia ada bagi memenuhi permintaan tinggi teksi pada satu-satu masa tertentu.
  • Menjalinkan usahasama dengan Proton untuk menghasilkan Proton Exora yang dipasang siap dengan pelbagai kemudahan canggih untuk dijadikan Teksi 1Malaysia (TEKS1M).

Kejayaan ini Ketam percaya bakal dijadikan pemangkin oleh SPAD untuk terus mengusahakan lebih banyak inisiatif-inisiatif yang menguntungkan rakyat sambil tidak lupa untuk memastikan usaha-usaha yang sudah dijalankan benar-benar mencapai matlamatnya. Kalau inisiatif banyak sangat pun tak guna juga jika pelaksanaannya sekadar melepaskan batuk di tangga kan.

Sekian...


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...