Pages

Wednesday, October 12, 2011

Bajet 2012 Cilok Jinggay? Lawak Antarabangsa Apa Ni?



Sudah agak lama Ketam tidak berkesempatan untuk membuat apa-apa ulasan di ruang conteng ini. Kesibukan yang menyelubungi telah membuatkan Ketam tidak sempat untuk terusan menconteng buah fikiran Ketam. Namun begitu hari ini Ketam sempat mencuri sedikit waktu untuk mencoretkan sedikit buah fikiran Ketam. Di dalam banyak-banyak isu yang ada ketika ini, kita tidak dapat menolak daripada menyimpulkan yang isu paling hangat ketika ini adalah tentang Bajet 2012 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas.

Berbicara soal belanjawan negara ini, banyak respon yang Ketam terima secara first hand, daripada pembacaan dan juga cerita teman-teman. Berbagai-bagai komen yang Ketam dapat. Mungkin berkat daripada program reality TV, semakin ramai rakyat Malaysia yang berbakat menjadi pengkritik.


Dan seperti biasa, di dalam banyak-banyak komen yang Ketam dapat itu, komen yang paling popular sekali adalah ‘Alah, ni bajet pilihanraya ni’ dan ‘Pilihanraya da dekat da ni bro’. Aisehman….klise sangatlah brader komen lu orang ni semua. Masuk bajet yang ni, da tiga tahun berturut-turut da korang cakap camtu brader. Tak membina langsung komen gitu brader. Tapi Ketam mampu cakap dalam hati je lah. Hehe.
Itu untuk kategori popular. Untuk kategori paling lawak pula Ketam rasa takde siapa yang boleh challenge komen daripada pemegang rekod dunia ‘membangkang paling banyak dalam setahun’, geng Pakatan Rakyat. Apa yang lawak sangat komen mereka semua tu? Ha sini Ketam story.

Berdasarkan pengamatan Ketam pada komen-komen yang dilantunkan oleh majority ahli politik belah pembangkang, mereka mendakwa yang belanjawan 2012 kerajaan adalah belanjawan yang ideanya dicilok daripada kitab jing’gay’ mereka. Kata mereka, banyak persamaan yang wujud di antara belanjawan kerajaan dengan janji dongeng kitab jinggay mereka itu.

Selain itu, kenyataan paling berani yang dilontarkan mereka adalah belanjawan kerajaan didapati meniru bajet bayangan pakatan yang diumumkan oleh ‘perdana menteri’ mereka, Anwar, beberapa hari sebelum pengumuman kerajaan.

So apa yang lawak sangat tu Ketam? Begini ceritanya. Adalah apa yang dikatakan oleh politikus pembangkang itu hanyalah hikayat dongeng semata-mata. Hakikatnya adalah mereka kini merasa goyang dengan keberanian yang telah ditonjolkan oleh Datuk Seri Najib. Masakan tidak, pemimpin nombor satu negara itu telah menampilkan satu usaha yang begitu drastic sekali di dalam mencapai kesejahteraan rakyat.

Yang paling lawak sekali adalah di sebalik dakwaan mereka yang belanjawan 2012 itu diplagiat daripada idea mereka, golongan ini dilihat begitu ghairah mengkritik content belanjawan tersebut seolah-olah ianya adalah belanjawan yang paling teruk dalam sejarah negara. Ha! Di sinilah yang timbul lawaknya. Apakah mereka tidak sedar yang jika benar belanjawan itu dicilok dari mereka, makanya mereka sebenarnya sedang mengutuk dengan hebatnya idea mereka sendirilah.

Aisehman. Kena batang hidung sendiri nampak. Sebenarnya geng Ketam sejak dari awal lagi sudah menjangkakan hal ini (kononnya belanjawan negara itu dicilok dari mereka). Lihat sahaja modus operandi mereka. Bajet bayangan itu sengaja dibentangkan awal daripada bajet rasmi. Ideanya adalah untuk menghentam kononnya bajet rasmi itu meniru mereka. Sudahnya dek terlampau ghairah membangkang (kerja mereka ni membangkang je-yang baik pon dibangkang-BANGANG), mereka ‘ter’kritik ‘idea’ mereka sendiri. Nasiblah belalang.

Walaubagaimanapun geng Ketam ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Najib di atas pembentangan Bajet 2012 yang kami kategorikan sebagai ‘Bajet tahunan yang akan sentiasa dikenang’. (Aiseh, lambat sikit takpe kot :P). Diharapkan bajet yang baru diumumkan itu mampu mencapai sasarannya di dalam mensejahterakan kami rakyat jelata. Amin.



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...