Sebagai warganegara, kita punya sebab untuk melahirkan kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa.
Hakikatnya, Msia adalah negara yg berjaya, berubah drpd sebuah watan pertanian kpd negara perindustrian dlm masa yg singkat.
Antara tahun 2011-2020, kesemua program transformasi akan dilaksanakan di bawah Dasar Transformasi Nasional
Kemasukan pelaburan asing di Msia adalah tertinggi di Asia. Dalam 6 bulan pertama 2011 ia tlh mencapai RM21.2 bilion.
Pada tahun 2012, pelaburan swasta dijangka berkembang 15.9%, disokong peningkatan kemasukan pelaburan asing & domestik.
Rizab antarabangsa kukuh pada RM414.5 bilion & pendapatan per kapita meningkat kpd RM28,725 tahun ini drpd RM26,175 tahun 2010.
KDNK bagi tempoh separuh pertama 2011 ialah 4.4%, didorong perkembangan ekonomi domestic yang kekal tegap.
Bagi tahun 2011, pertumbuhan ekonomi dianggar berkembang 5.0-5.5%.
Pelaburan swasta & awam dijangka meningkat 15.9% & 7%. Ia akan disokong peningkatan pelaburan asing, ETP dan RMK10
Pada 2012, sektor perkhidmatan dijangka berkembang 6.5%, sektor pembinaan pula 7%. KDNK diunjurkan antara 5.0-6.0%.
Bajet 2012 sediakan peruntukan RM232.8 bilion untuk melaksanakan semua rancangan Kerajaan.
RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
RM29.8 bilion disediakan untuk pelaburan dalam infrastruktur, perindustrian, pertanian & pembangunan luar bandar.
RM13.6 bilion disediakan utk sektor sosial, termasuk pendidikan & latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan msykt
Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kpd RM186.9 bilion.
Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% drpd KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.
Tema Bajet2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.
Krjn akan liberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa, membolehkan pegangan ekuiti asing 100% dlm sektor terpilih.
Rolling Plan Ke-2 (RP2) bagi RMK10 akan dilaksanakan tahun ini & diperuntukkan RM98.4 bln utk tahun 2012 & 2013
Projek utama RP2 termasuk Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala T’ganu & pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau
RM18bln drpd RM20bln Dana Mudahcara Perkongsian Awam-Swasta akan diguna utk projek impak tinggi, RM2bln utk usahawan Bumiputra.
Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor. Antara projek yg akan dilaksana: 1) Lebuhraya persisiran pantai JB-Nusa Jaya 2) projek pelancongan warisan Taiping; 3) projek agropolitan Besut; 4) projek kelompok industri kelapa sawit Lahad Datu; 5) bekalan air di Samalaju
Pusat Pengurusan Perbendaharaan akan ditubuhkan & menawarkan insentif utk bangunkan Msia sbg pusat kewangan berdaya saing.
Krjn akan bangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), timbang beri pakej insentif termasuk pengecualian cukai.
Bagi menggalakkan terbitan sukuk, potongan cukai 3 tahun akan diberi untuk sukuk wakala mulai tahun 2012.
Pengecualian cukai pendapatan bg penerbitan & urusniaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan lagi 3 tahun hingga 2014.
Bagi membangunkan Exchange Traded Fund, I-VCap akan sedia dana permulaan RM200juta untuk produk ETF yang patuh-Shariah.
FELDA GVH akan disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dlm usaha kumpul dana menjadi syarikat konglomerat global.
Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.
Dana Pembiayaan PKS patuh-Shariah berjumlah RM2bln akan ditubuhkan pd 2012 & dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih.
SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012.
Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420juta.
Msia Healthcare Travel Council akan diperbadankan utk bangunkan & promosi negara sbg destinasi utama penjagaan kesihatan.
Kadar cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula agar tidak jejas golongan berpendapatan sederhana-rendah miliki rumah.
Bajet akan tumpu kpd pembangunan modal insan, kreativiti & inovasi. Tahun 2012 akan jadi tahun Gerakan Inovasi Nasional
Krjn peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.
Bagi membolehkan syarikat PKS pasarkan produk penyelidikan, Dana Inovasi Pengkomersilan berjumlah RM500juta akan ditubuhkan
Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.
Sebuah tabung khas RM1bln akan melihat kpd keperluan pembinaan, baik-pulih & penyelenggaraan bangunan sekolah2.
Buat pertama kalinya, Krjn akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn.
Sekolah swasta yg berdaftar dgn Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan
Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan tempat ibadat berdaftar.
Utk mantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.
RM5bln adalah utk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8bln utk Jalan Luar Bandar & Jalan Perhubungan Desa.
Krjn akan panjangkan prgm bekalan air bersih kpd komuniti di Sabah dgn peruntukan RM50juta.
Krjn akan peruntuk RM400juta utk naiktaraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kws2 FELDA yg terpilih.
Bank Simpanan Nasional akan lantik agen2 di seluruh negara utk tingkatkan lagi akses perkhidmatan perbankan kpd penduduk luar Bandar.
RM90juta akan diberi utk penyediaan kemudahan asas Orang Asli termasuk memperluas projek bekalan air terawat.
Bg Orang Asli yg mengalami bencana tanah runtuh di Sg Ruil, krjn peruntuk RM20juta utk pemindahan penduduk ke kws baru
Bajet ini akan mentransformasi perkhidmatan awam utk menjadi dinamik & responsif & berorientasikan prestasi.
600,000 pesara krjn akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
Krjn setuju lanjutkan umur persaraan wajib kpd 60 thn drpd 58 thn bg mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.
Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.
Krjn akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.
Satu prgm khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen
Krjn kenang jasa polis khas &polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda & balu mereka.
Krjn dengar rintihan rakyat tentang kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan & akan ambil langkah bersepadu utk atasinya.
Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.
Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”.
KAR1SMA akan memberi manfaat kpd 500,000 rakyat, dgn membantu ringankan beban sara hidup.
Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000
Krjn akan terus melaksanakan Prgm Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.
Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.
RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta
Krjn akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.
Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan.
Hospital akan dinaiktaraf & dibina, krjn juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Msia.
KLGH, hospital tertua di msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk rawatan pesakit luar
Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan
TERAJU akan meyelaras dan memacu transformasi serta kukuhkan penyertaan Bumiputra dlm perniagaan.
Bg bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.
Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.
Utk bantu golongan gelendangan, Krjn akan sediakan pusat khidmat bantuan sosial dikenali sbg Anjung Singgah.
Peruntukan RM10juta akan disediakan utk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja.
Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.
RM200juta akan disediakan utk melatih belia yg tlh meninggalkan sekolah melalui Prgm Strategik utk Belia 1Msia (SAY 1Msia).
RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.
Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.
Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.
Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor utk bantu 4 juta penduduk yg masih tinggal di kws berisiko
Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Kakitangan krjn akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn
Bajet akan terus beri perhatian kpd kebajkan rakyat dan kesejahteraan negara
Pencarum KWSP blh daftar awal giliralan ibadat Haji melalui penghadangan Akaun2 sebanyak RM1,300
Sokongan besar rakyat amat penting utk pastikan perjalanan menjadikan negara maju dan makmur.
Pemberian baucar buku RM200 kpd semua pelajar warganegara Msia di inst pengajian tinggi awam & swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6.
Ahli-ahli Parlimen Msia akan diberi elaun baru setelah jumlahnya dipersetujui nanti, bermula 1 Januari 2012.
No comments :
Post a Comment