Pages

Saturday, October 15, 2011

Kisah si kontot Chegu Bard Meroyan Lagi.



Ini cerita orang sakit. Meroyan dan gila babi. Siapa tidak kenal Chegu Bard? Si gemuk kontot yang tewas dalam pemilihan parti yang dianggotainya, tapi masih cuba berlagak hero. Satu hal yang kelakar pasal gemok kontot ini adalah apabila beliau (yang jelas masih tidak dapat menerima kekalahannya) dilihat selalu memperlekehkan individu yang mengalahkan beliau sewaktu pemilihan dulu, Shamsul Iskandar dengan gelaran ‘Sam Ketot’. Da baguslah tu, si kontot panggil orang lain ketot.
Dalam satu posting Ketam sehari sebelum Syawal yang lalu, Ketam ada menceritakan perihal mamat kontot ini menuduh Umno mencuri banner milik pembangkang. Dan hari ini, si kontot telah buat hal semula. Beliau telah sekali lagi menuduh yang Barisan Nasional telah menyamun persiapan programnya semata-mata kerana timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan program di kawasan beliau. Apa yang lebih menarik lagi, tuduhan kali ini siap datang dalam unsur jenayah. Lihat sahaja gambar di atas, si kontot menulis: ‘maka kami balas, satu2 billboard Bn tumbang’.


Makanya, si bebal kontot ini secara tidak sedar mungkin, telah membantu pihak berkuasa menyelesaikan kes sekiranya ada pihak membuat laporan polis terhadap aktiviti vandalism yang beliau telah lakukan ini. Gambar di atas sudah cukup untuk dijadikan bukti. Sudah terang beliau mengaku melakukannya.
Tweet beliau yang satu lagi itu juga tidak kurang menunjukkan kebebalan si kontot. Berdasarkan pemerhatian Ketam sejak beberapa tahun yang lalu, Ketam dapati jika kita bandingkan di antara parti pemerintah dan parti pembangkang, kita akan dapat menyimpulkan yang pihak di sebelah pembangkang itu sebenarnya sangat suka mengkafirkan, meng’Yahudi’kan dan memberi gelaran yang tidak elok kepada pihak yang lagi satu.
Diibaratkan, mereka ini adalah golongan yang maksum, setaraf dengan nabi, di mana hanya mereka dan puak mereka sahaja yang mulia di muka bumi ini. Hal ini terbukti. Bukan sekadar serkap jarang Ketam. Sudah acap kali Ketam dapati pemimpin-pemimpin pembangkang ini mengeluarkan ‘fatwa’ yang menghina belah kerajaan. Ketam masih ingat bagaimana mereka ber’fatwa’ yang barangsiapa menyokong Umno, maka mereka adalah kafir, tidak masuk syurga, dan sebagainya.
Boleh dikatakan, apa yang dilakukan oleh Umno dan sekutunya adalah dosa semata-mata, tidak ada yang tidak dosa. Bagi puak pembangkang ini, hanya mereka sahaja yang mengamalkan gaya hidup yang diredhai Allah. Mengikut jalan Allah. Maka tidak hairanlah mesyuarat pimpinan tertinggi mereka MENOLAK cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang Hudud.
Masih jelas juga di ingatan Ketam tentang ‘ritual’ puak ini DI DALAM masjid ketika trio Datuk T ingin bersumpah berhubung dengan dakwaan video seks yang melibatkan ‘imam besar’ mereka, Anwar Ibrahim. Kata mereka, tindakan Eskay ingin bersumpah itu tidak mengikut jalan Islam yang benar. Jalan Islam yang benar adalah seperti ‘ritual’ yang mereka lakukan pada hari tersebut; terpekik terlolong macam orang gila, mencarut, bergaduh, semua ini dilakukan DI DALAM masjid.
Makanya, Ketam tidak hairan sekiranya si kontot Bard ini berkelakuan sebegini. Oh, satu fakta menarik yang Ketam hampir lupa. Bagi puak mereka ini, apa sahaja tuduhan yang dilontarkan pada mereka adalah fitnah belaka. Tidak ada yang tidak fitnah melainkan yang fitnah-fitnah belaka. Wah, kalau macam ni untunglah mereka. Apakan tidak, mereka boleh bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu risau akan kantoi. Jika kantoi pon, mereka tidak perlu takut. Mereka hanya perlu bidas dengan menggunakan ayat ‘ini semua fitnah’, dan taksuban mereka juga akan percaya seratus peratus.
Kelakarnya lagi adalah apabila setiap tuduhan yang mereka lontarkan ke pihak lawan adalah reality semata-mata bagi mereka dan puak mereka. Tidak ada yang fitnah, tidak ada yang tipu, semuanya adalah benar walau tiada bukti sekalipun.
Di saat Ketam sedang menulis artikel ini, Ketam dapati si Bard kontot ini semakin mengganas dengan tweetnya. Apa nak jadilah dengan mamat meroyan, gila babi sorang ni. Apa-apa pun Ketam nasihatkan kepada sesiapa Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ada niat nak bertanding jawatan ketua pada pemilihan akan datang, sila fikir semula masak-masak. Takut-takut nanti dapat penyakit meroyan dan gila babi.



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...