Pages

Saturday, August 27, 2011

Lebaran Kali Ini Syawal Terakhir ANUgerah Tuhan?



Kehangatan Syawal semakin terasa buat semua umat Islam bukan sahaja di negara ini, bahkan di seluruh dunia. Ribuan umat manusia di kota besar seperti Kuala Lumpur telah mula meninggalkan kota menuju ke desa halaman masing-masing untuk meraikan ketibaan hari lebaran bersama ahli keluarga dan sanak saudara tercinta.

Posting kali ini mungkin akan dianggap ‘nakal’ oleh sesetengah pihak. Namun begitu, ingin Ketam tegaskan di sini di sebalik ‘kenakalan’ posting ini, Ketam harap anda yang membacanya dapat menilai ia dari sudut yang rasional.

Kita semua pasti berasa sangat teruja dan gembira menyambut ketibaan dua hari kebesaran yang akan tiba tidak lama lagi, iaitu Syawal dan Hari Kemerdekaan Malaysia. Namun di sebalik kegembiraan itu, harus juga kita mengenangkan nasib insan yang mungkin Syawal pada tahun ini akan menjadi ‘Syawal yang Terakhir Untuk Beberapa Tahun’ buat beliau.

Apa mesej yang ingin disampaikan Ketam? Begini ceritanya. Ketika kebanyakan umat Islam mendedikasikan diri mereka menunaikan ibadah puasa, insan ‘ANUgerah Tuhan’ pula dilihat terpaksa ‘berjuang menyucikan nama baik’ beliau.

Ya, seperti mana yang kita sedia maklum, insan ANUgerah Tuhan ini sedang berhadapan dengan tuduhan meliwat pembantu peribadinya yang jika disabitkan kesalahan, ‘makhluk istimewa’ ini terpaksa berhadapan dengan hukuman penjara.

Pendapat ketam yang mengikuti perjalanan kes yang wajar mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Record kerana paling banyak kali ditangguhkan ini, Ketam rasa adalah sukar untuk kita menolak kebarangkalian yang makhluk ini akan terlepas daripada pertuduhan tersebut.

Ini jelas berdasarkan fakta kukuh yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaraya. Dan berdasarkan keterangan yang dibuat oleh saksi pembelaan, jelas saksi-saksi tersebut TIDAK LANGSUNG MENAFIKAN TENTANG WUJUDNYA AKTIVITI MELIWAT melainkan cuba mewujudkan keraguan tentang bukti sampel DNA yang digunakan di dalam kes ini.

Itu sepatutnya kita sudah boleh jangkakan. Ini kerana sejak dari awal lagi barisan pembelaan ANUgerah Tuhan ini hanya menggunakan point-point teknikal sahaja di dalam pembelaan mereka. Jika difikirkan dari segi logik, ini turut menunjukkan kepada kita bahawa realitinya adalah barisan pembelaan yang terdiri daripada peguam-peguam terkemuka ini sendiri tidak yakin yang client mereka tidak terlibat dengan aktiviti Sodom yang dihadapinya ketika ini.

Di sebalik semua itu, ANUgerah Tuhan yang turut dianugerahkan kebolehan memutar belit fakta itu pada hari pertama pembelaannya telah mengeluarkan satu ‘surah’ baru berjudul ‘Pertuduhan Liwat Konspirasi Jahat PM’ yang sudah mula berkumandang lebih kuat dari laungan azan di rumah ibadah ‘Pakatan Rapuh’ sejak Isnin lalu.

Adalah sesuatu yang tidak mengejutkan apabila ANUgerah Tuhan lebih memilih untuk ‘berkhutbah’ di mahkamah berbanding ‘berdialog’ kerana ini sememangnya style beliau bagi memastikan content ‘dakwah’ nya sampai terus kepada ‘golongan sasar’.

Perbicaraan kes liwat ANUgerah Tuhan ditangguhkan lagi buat masa ini. Namun begitu ada sesuatu yang merunsingkan kepala Ketam sepanjang Ramadhan ini. Bukankah di dalam bulan Ramadhan semua syaitan dibelenggu? Macam mana ‘bapak setan’ yang satu ini boleh lepas? Kehkehkeh….

Apa-apa pun, Ketam ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam yang mengikuti contengan Ketam ini. Wassalam….

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...