Pages

Sunday, October 20, 2013

Bajet 2014: Hadi Minta Kerajaan Tumpukan Pada Orang Kaya


Harakahdaily melaporkan bahawa Pakatan Rakyat akan membentangkan Belanjawan 2014 di Bangunan Parlimen esok, iaitu tiga hari lebih awal daripada pembentangan belanjawan kerajaan.  Portal rasmi PAS itu juga kemudiannya menulis “Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak akan  membentangkan belanjawan kerajaan pada 25 September ini.”

Seperti biasa, portal tersebut berada dalam khayalan sehingga tidak menyedari bahawa bulan September pun telah berlalu.


Presiden PAS, Hadi Awang juga pastinya berada dalam dunia khayalan yang sama apabila ‘menegur’ BN kerana tidak merujuk kepada rakyat pembayar cukai setiap kali membentangkan belanjawan.  Oleh itu, menurut Hadi Awang, kerajaan perlu terlebih dahulu merujuk kepada rakyat pembayar cukai dalam menyediakan bajet negara agar tidak membebankan golongan itu.

Hadi juga berkata, berlaku ketirisan dan juga pembaziran yang tidak wajar dalam bajet kerajaan, di tambah pula dengan berlakunya situasi tidak dijangka seperti insiden Lahad Datu.  Namun, umum tahu bahawa insiden Lahad Datu telah lama dijangka oleh Anwar Ibrahim melalui lagunya ‘Sabah nak hilang’ beberapa bulan sebelum ia berlaku.  Ini bermakna, Anwar boleh mengelaknya jika beliau benar-benar prihatin dengan kedaulatan negara.

Mungkin Hadi tidak menyedari bahawa bukan semua rakyat adalah ‘pembayar cukai’.

Pastinya majoriti puak-puak PAS tegar yang 24 jam ke hulu ke hilir berpolitik dan menghadiri ceramah, tanpa kerja tetap tetapi asyik makan duit derma atau duit isteri yang kerja kerajaan, bukanlah pembayar cukai.   Selebihnya, puak-puak PAS ini berada dalam Jabatan kerajaan dengan gaji rendah dan tidak membayar cukai juga.  Hanya segelintir sahaja yang bekerja swasta dengan gaji tinggi sedikit atau berniaga, yang mana membayar cukai.

Tahukah Hadi kenapa jadi begini?  Ini kerana sikap orang-orang PAS itu sendiri yang enggan belajar bersungguh-sungguh, malas dan lebih gemar hidup ditanggung isteri atas alasan ‘perjuangan Islam’.

Faktor kedua ialah kerana rakyat yang membayar cukai yang majoritinya kaum Cina, enggan memberi peluang dan sengaja menindas orang-orang Melayu agar tidak mampu bersaing dengan mereka dan seterusnya tidak mampu membayar cukai.

Justeru, sekiranya ‘nasihat’ Hadi Awang digunapakai, iaitu meminta pandangan Cina pembayar cukai terbanyak dalam menyediakan bajet negara, maka alamatnya, mereka hanya akan memberi pandangan yang menguntungkan golongan korporat dan juga peniaga besar seperti mereka sahaja.  Dalam kata lain, semakin tertekan dan tertindaslah golongan miskin dan sederhana.

Keadaan ini telah pun berlaku di negeri-negeri yang diperintah PR di mana polisi ‘keterbukaan’ telah memperlihatkan bagaimana bangunan perniagaan yang dulunya didominasi Melayu terpaksa menaikkan harga sewa semata-mata untuk menjaga kepentingan, atau sekadar menjaga hati pembayar cukai.

Sebaliknya, kerajaan BN mengambil pendekatan yang lebih prihatin dan tidak mementingkan keuntungan pantas semata-mata.  Adalah lebih baik meletakkan sasaran keuntungan jangka panjang dari segi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat bagi menjamin kekukuhan negara.   Rakyat golongan miskin dan sederhana perlu dibantu agar dapat memajukan ekonomi keluarga, dan seterusnya menyumbang kepada kekukuhan negara di masa depan.

Untuk pengetahuan Hadi, pendekatan inilah yang membawa Malaysia ke tahap ini.  Jika kerajaan terus menerus mementingkan hanya golongan kaya dalam Bajet negara, tragedi seperti 13 Mei mungkin boleh disaksikan secara bersiri.

Kesimpulannya, menggunakan Melayu yang tidak bijak seperti Hadi Awang untuk menekan kerajaan agar menggubal dasar yang lebih menguntungkan mereka adalah antara strategi halus Cina si pembayar cukai terbanyak ini.  Sedih sekali melihat bagaimana Hadi ditunggang DAP bagi mencapai matlamat kaum Cina.

Daripada Hadi cuba mengajar kerajaan, adalah lebih baik Hadi menegur DAP yang menindas Melayu di Pulau Pinang terlebih dahulu.  Atau, apakah Hadi sudah tidak peduli akan nasib Melayu lagi hanya kerana mereka bukanlah pembayar cukai tertinggi?

Entah sampai bila Hadi akan sedar bahawa beliau hanyalah kuda tunggangan semata-mata.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...