Saturday, November 20, 2010
Zaid dan Syed Husin Siapa sebenarnya yang NYANYU
Malam tadi telah berlangsung rapat umum perdana PKR Selangor bertempat di auditorium MBSA di Shah Alam dengan tema Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman. Empat orang tokoh PKR berucap pada majlis berkenaan, Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Mohamad Azmin Ali (Naib Presiden), Abdul Khalid Ibrahim (MB Selangor merangkap YB kwsan aku Ijok), Syed Husin Ali (Timbalan Presiden) dan Anwar Ibrahim (Ketua Umum). Lebih 2,000 hadir pada rapat umum berkenaan dan ianya boleh la dianggap berjaya la bagi aku.
Aku da malas nk pergi sebenarnya kerana lama sangat menungu kawan aku. Nasib baik dia blanja aku mnum. Sejuk sikit hati. Aku pergi juga walaupun tubuh ni agak keletihan kerana banyak makan daging korban. Huhuhu...
Motif sebenar aku datang pun sebenarnya hanya nak dengar penjelasan dari Saifudin mengenai perjalanan pemilihan PKR dan respon Anwar terhadap Zaid. Tapi aku kecewa bile Anwar tidak mahu bercakap pasal Zaid dan Saifudin pula cube mengalihkan perhatian ahli dgn bercerita mngenai sejarah pemilihan dan pemilihan cabang.
Walaubagaimanapun aku agak tertarik dengan ucapan dari Syed Husin. Bagi penyokong taksub PKR ucapan Syed Husin malam tadi sangat mangagumkan. Syed Husin benar-benar memjelmakan dirinya sebagai seorang pemimpin yang sedarhana, ikhlas dan tulen. Walaupun beliau sudah tidak lagi akan menjadi timbalan presiden selepas ini tetapi hakikat itu seolah tidak disedari oleh beliau. Beliau masih bersemangat persis dia adalah pemimpin nombor tiga.
Tapi bagi aku Syed Husin sudah betul-betul NYANYU sekarang. Seperti yang Anwar cakap sebelum ni, Syed Husin sekali lagi menegaskan PR@PKR tidak pernah melantik Zaid Ibrahim sebagai penyelaras pakatan rakyat. Kenyataan Syed Husin mengingatkan aku pada artikal aku sebelum ini MAKNA DEMOKRASI DALAM PKR. Kalau betul apa yang diperkatakan Syed Husin. Apa beza Zaid dan Anwar? Siapa lantik Anwar sebagai Ketua Umum? Bagaimana jawatan itu tiba-tiba wujud? Bagaimana proses pelantikan?
Kenapa isu ini wujud setelah Zaid menyatakan hasrat hendak keluar parti sedangkan tiada siapa yang mempertikaikannya sebelum ini. Menurut Syed Husin lagi orang seperti ini tidak perlu wujud lagi dalam parti. Kalau hendak gantung diri, gantung sampai mati.
Jika tidak patut berada dalam parti kenapa tidak pecat sahaja? Kenapa hendak tunggu Zaid letak jawatan? Kenapa hendak tunggu 16 Dis? Kenapa bukan sekarang? Siapa yang boleh jawab semua persoalan ini? Fikir-fikirkanlah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment