Pages

Saturday, November 20, 2010

Rapat Umum PKR, medan Ketua Umum sampai amanat atau pentas bidas Zaid?


Rapat umum PKR telah berlangsung malam semalam di shah alam dengan agenda utamanya iaitu penyampaian ‘amanat’ oleh ketua umumnya Anwar Ibrahim bertukar menjadi medan membelasah bekas pengerusi Wilayah Persekutuan Zaid Ibrahim oleh otai2 parti itu seperti Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Syed Husin dan Anwar sendiri.

Sesi rapat umum itu dimulakan oleh setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution yang menerangkan serba sedikit proses pemilihan PKR yang sedang rancak bergaduh, eh berlangsung sekarang ini. Tapi berdasarkan kepada penelitian terhadap butir ucapan beliau, aku dapati macam ada yang tak lengkap je penjelasan beliau itu. Sepanjang ucapan beliau itu, beliau banyak menjelaskan tentang pemilihan peringkat cabang sahaja. Tentang pemilihan majlis tertinggi hanya disentuh sedikit sahaja.

Apa yang kita nak labelkan ucapan dia tu? Tipu? Tapi dia tak tipu. Hmm…tak bagitahu je lah…Dia tak tipu ok, dia just tak bagi tahu je…hahahahaha….bijak bijak….

Selain itu, dalam ucapan beliau jugak, beliau turut menyifatkan pemimpin yang bertindak keluar daripada parti sebagai orang yang gila bayang. Beliau merujuk kepada tindakan bekas setiausaha agung parti, Jenapala yang menyaman parti kerana merasakan pemilihan PKR itu tidak telus sebagai ‘orang yang tidak dapat menerima hakikat’.

"Pemimpin seperti ini memang kurang ajar, jangan kita biarkan mereka...Setuju atau tidak untuk bersama dengan dia?" Soal Saifuddin sambil disahut 'tidak' oleh para hadirin yang hadir.

"Mereka hantar saman sedangkan sebelum saya jadi setiausaha Jenapala sudah dipecat sebab muflis. Dia tidak terima hakikat dan hantar surat. Saya ingatkan kembali sebelum mahu bercerai fikir banyak kali, jangan nanti gila bayang"," kata Ahli Parlimen Machang itu.

Selepas Saifuddin selesai dengan ucapan tak bagi tahu beliau itu, Pengerusi PKR Selangor pula mengambil tempat untuk membalun Zaid. Azmin yang merupakan pesaing Zaid sebelum Zaid menarik diri dari bertanding merayu kepimpinan tertinggi parti agar lebih tegas dan berani untuk mengusir anasir-anasir ataupun ‘trojan horse’ ini dari parti.

Menurut ahli Parlimen Gombak itu, tindakan menggesa Anwar berundur dari parti disifatkan sebagai satu tindakan yang sangat melampau. Tambahnya, PKR tidak pernah lekang daripada terpaksa berhadapan dengan pengkhianat di dalam perjuangan mereka.

"Ada suara-suara sumbang jika suruh saya berundur saya terima, tetapi suruh Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur itu tindakan melampau. Beliau umpama orang tiada rumah, kita jemput masuk beri segala kemewahan, beri segala makanan dan tilam empuk, permaidani hebat...setahun nikmati kemudahan itu.

"Maka saya rayu Anwar, Azizah, timbalan, biro politik dan majlis pimpinan pusat selesai kongres kita perlu tegas dan berani untuk membersihkan 'trojan horse' yang wujud dalam parti.

"Jangan tangguh...sebab kita bimbang dengan orang-orang seperti ini. Kita bersama presiden, Anwar dan rakyat sudah bina parti ini 12 tahun lalu," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 anggota PKR di Auditorium MBSA malam tadi.

Tambah beliau, jika semakin banyak serangan yang diterima oleh PKR, beliau yakin parti itu akan bertambah kuat dan yakin parti akan menjadi lebih matang lagi selepas berakhirnya pemilihan PKR.

MB, Khalid Ibrahim mengambil tempat untuk berucap selepas Azmin. Aku rasa sepanjang dia berucap tu aku nak gelak je. Gelak bukan pasal kelakar, gelak pasal tak dapat apa mesej yang cuba disampaikan oleh beliau.

Namun begitu beliau tidaklah agresif mengkritik Zaid sebaliknya beliau kelihatan agak cool bercerita tentang semangat setia kawan serta semangat perjuangan dalam parti yang berusia 12 tahun itu. Beliau mengingatkan ahli2 bahawa kejayaan yang dikecapi oleh PKR adalah hasil kerjasama dengan rakan sepasukan yang merupakan kekuatan mereka.

"Setiap ahli wajar pegang prinsip perjuangan dan semangat setia kawan maka rakan lain turut rasa 'cubit peha kiri peha kanan terasa sakit," katanya.

Dr Syed Husin Ali mengambil giliran selepas MB. Beliau yang merupakan penyandang Timbalan Presiden mengambil kesempatan berucap untuk membelasah Zaid kow2 sambil turut menyekolahkan MB, Khalid Ibrahim.

"Apa hendak kita gelarkan kepada seseorang yang menafikan keputusan Pakatan Rakyat memboikot Utusan Malaysia dan memburukkan parti?"

‎"Jika orang ini hendak keluar...sila keluar. Jika orang ini nak gunakan tali gantung untuk gantung diri pastikan biar sampai mati," katanya tanpa menyebut nama pemimpin tersebut. Tapi rasanya kita semua boleh tangkap siapa yang beliau maksudkan itu.

“Kepada MB, tengok-tengoklah sikit negeri. Ini bukan PNB. Ketua kerajaan harus lihat kepentingan parti dan pejuang-pejuangnya yang kurang diperhati. Saya cakap ini kerana ianya dijadikan modal oleh musuh,” ujar Syed Husin.

Selepas itu tibalah giliran ketua umum mereka Anwar Ibrahim memberikan ‘amanat’ beliau. Menurut Anwar, Selangor adalah kubu terpenting yang perlu dipertahankan betul-betul sambil perlu berusaha membetulkan persepsi-persepsi masyarakat yang salah terhadap PKR.

“Ini bukan parti politik biasa. Parti ini ditubuhkan oleh gejolak kebangkitan rakyat. Kita bukan didukung oleh korporat, tapi didukung oleh rakyat,” ujar Anwar.

Selain itu, beliau turut membidas tindakan Zaid yang menggunakan media Umno sebagai mediumnya mendapatkan publisiti. Beliau turut menyifatkan media-media Umno sebagai betul-betul desperate.

Kenyataan Zaid yang kononnya beliau menghormati cabang turut dipersendakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

“Kalau betul dia hormat cabang, dia tak pi jadi calon di Hulu Selangor. Cabang di Hulu Selangor tolak dia bulat-bulat,” ujarnya.

Sesudah itu acara pembacaan ikrar pula berlangsung.

So apa yang dapat aku simpulkan di sini ialah dongengan kononnya Anwar akan sampaikan ‘amanat’ beliau itu adalah propa semata2. Yang aku nampak hanyalah sesi membelasah Zaid dan menyekolahkan Khalid. Tu je. So aku boleh katakan kat sini yang cakap-cakap dari mereka yang kononnya tindakan Zaid tidak memberikan kesan kepada PKR adalah karut semata-mata. Jika tidak masakan mereka begitu bersungguh-sungguh mengadakan rapat umum pada hari yang sama Zaid menyatakan peletakan jawatan beliau? Korang fikir lah sendiri k. pasal aku da penat menaip da ni. Kalu rajin nanti aku mengarut lagi. Adios.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...