Pages

Tuesday, October 22, 2013

Sampai Masa MCA Tangani Isu Diskriminasi Di Sektor Swasta


Mesyuarat Agong Luar Biasa MCA hujung minggu lalu wajar dipuji kerana berlangsung dalam keadaan tertib walaupun pada dasarnya parti itu berhadapan dengan pergolakan.

Ia berakhir dengan 4 resolusi dicapai iaitu 1. menolak untuk mengecam Dato’ Seri Liow Tiong Lai dalam isu kepimpinan,  2. terus menolak sebarang jawatan kabinet, 3. bersedia menerima jawatan kerajaan atau senator dan juga 4. bersedia menerima jawatan kerajaan di peringkat negeri termasuk Exco.


Keputusan ini dilihat mampu menghentikan pergolakan dalam parti tersebut, sekali gus memberi lebih ruang untuk ia menangani isu yang lebih menyeluruh dalam kapasitinya sebagai parti komponen kerajaan yang memerintah.

Untuk itu, MCA perlu membuat keputusan sama ada ingin terus membawa agenda chauvinis Cina ala DAP atau kembali kepada semangat setiakawan Barisan Nasional.

Setakat ini, MCA dilihat sebagai gunting dalam lipatan di mana sering membuka ruang untuk mengkritik atau menghentam atau menyindir UMNO melalui akhbar milik parti itu iaitu The Star.

Tidak cukup dengan menikam belakang UMNO dalam PRU-13 lalu, MCA masih lagi enggan berganjak dari bermain isu perkauman apabila saja berpeluang.  MCA mengambil sikap seolah-olah semua masalah yang berlaku dalam negara adalah berpunca dari sikap orang-orang Melayu dan kerajaan Melayu yang memberi hak istimewa kepada Melayu.  

Justeru, kita tertanya-tanya, apakah MCA sedar akan sentimen anti-Cina yang semakin merebak di dunia hari ini?  Jika sedar, maka apakah MCA tahu kenapa kaum Cina semakin dibenci?  Apakah MCA benar-benar peduli jika kaum Cina dibenci sebegitu rupa?

Di Australia, misalnya, sudah ada kenyataan rasmi dari bekas Perdana Menterinya mengenai sikap biadap kaum Cina yang menuntut berbagai hak serta enggan berasimilasi dengan kaum asal.  Di Filipina juga kita menyaksikan beberapa demonstrasi yang meluahkan perasaan marah terhadap sikap kaum Cina yang melampau kerana ingin menuntut hak yang bukan-bukan dan di masa yang sama enggan berasimilasi dengan kaum asal.

Sentimen yang sama kini  menular ke Amerika dan hanya masa yang akan menentukan bila ia akan meletup.

Di Indonesia, ia telah pernah meletup tetapi akhirnya terkawal.  Sentimen ini di negara itu kini berada dalam keadaan ‘pendam’.

Oleh itu, kita sarankan MCA  melihat perkembangan ini dengan lebih serius sebelum sentimen membenci Cina mula meletup di negara ini.

Sudah sampai masanya, MCA mendidik kaum Cina agar lebih beradab dan bertamadun. Kaum Cina perlu dipupuk dengan nilai-nilai murni seperti merendah diri, bertolak ansur, berterima kasih dan jujur.  Usah lagi bersifat hipokrit kononnya kaum Cina menuntut keadilan, kerana kini seluruh dunia tahu bahawa kaum Cina tidak mungkin berlaku adil dalam kegilaan mereka meraih keuntungan.   Selagi boleh, kaum-kaum lain akan ditindas dan didiskriminasi dengan apa cara sekali pun oleh kaum Cina, termasuk menipu bagi memastikan hanya kaum mereka berada di atas.

Seorang Professor berbangsa Cina di Singapura sendiri telah mengakui hakikat ini melalui kajiannya mengenai diskriminasi kaum di negara itu.  Di Malaysia juga, Professor Lee Hwok Aun dari UKM turut membentangkan hakikat yang sama dalam kajiannya mengenai diskriminasi terhadap orang-orang Melayu dalam pengambilan pekerja di sektor swasta. Sesungguhnya, sistem meritokrasi yang dilaung-laungkan kaum Cina hanyalah penipuan semata-mata.

Jika itu belum cukup membuktikan betapa bahawa kaum Cina memang mempunyai masalah sikap, maka MCA wajar melihatnya dari sudut pandangan seorang Cina dari negara China iaitu Ye Lin Sheng yang menulis buku The Chinese Dilemma.  Di dalam buku tersebut, Ling Sheng mengupas secara terperinci pemerhatian dan pengalamannya mengenai Cina Malaysia yang begitu perkauman dan biadap.

Selain itu seorang penulis barat, Sterling Seagrave, juga turut bersetuju dengan Lin Sheng dan menulis buku mengenai keburukan sikap orang-orang Cina yang bertajuk ‘Lord of the Rims – the invisible empire of overseas chinese’.

Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Cina, MCA tidak wajar mengenepikan perkembangan yang tidak sihat ini.  MCA perlu bertanggungjawab mengekang sebarang kemungkinan buruk dan bukannya turut menjadi batu api bagi meningkatkan sentimen anti Cina di negara ini.

MCA tidak boleh mementingkan diri sendiri dengan hanya menuntut UMNO menghapuskan polisi yang mengutamakan Melayu selagi sektor swasta tidak menghapuskan diskriminasi terhadap orang-orang Melayu.

Mungkin MCA merasakan yang kaum Cina sudah cukup kuat di sini, tidak seperti di Australia, Filipina atau Indonesia dan tidak perlu gusar akan tindakbalas orang-orang Melayu.

Jika ini yang difikirkan, maka jelaslah MCA tidak layak menjadi sebahagian komponen parti kerajaan.  Dan jelaslah bahawa MCA turut membawa sikap dan sifat buruk kaum Cina sepertimana yang disebut di dalam kajian dan buku-buku yang disebut di atas.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...