Pages

Tuesday, September 10, 2013

Kerana Seorang Wanita, Rosak Seluruh Parti


Kita sering mendengar ungkapan ‘tangan yang menghayunkan buaian mampu menggoncangkan dunia’. Ungkapan ini sering digunakan sebagai penghormatan kepada golongan wanita yang telah melakukan pelbagai pengorbanan.

Tapi bagaimana pula kiranya tangan yang sama juga telah disalahguna untuk menggoncangkan parti yang telah begitu banyak berjuang untuk mempertahankan dan memperkasakan bangsa Melayu?

Ianya tidak wajar berlaku apatah lagi Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak telah acap kali melaungkan langkah transformasi dan meremajakan parti bagi menjadikan Umno terus menjadi parti yang demokratik, terbuka dan inklusif.

"Kita tengok kepada keadaan dalam parti kita di mana dengan kedudukan berdasarkan pada perlembagaan baru, saya yakin ahli-ahli Umno dapat memilih pemimpin yang boleh meletakkan Umno di atas asas yang lebih kukuh, dan mereka itu boleh diterima oleh parti dan rakyat.

“Inilah yang paling penting sekali, kerana kita bukan sahaja nak pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya sekali” kata Najib.

Najib dengan terang menyatakan kriteria calon yang layak untuk bertanding bukan sahaja diperingkat Majlis Tertinggi tetapi juga kepimpinan diperingkat sayap.

Sepanjang 5 tahun yang lalu, perwakilan seharusnya sudah boleh melihat dengan jelas kepimpinan yang ada lebih banyak terpalit dengan pelbagai kontroversi daripada memikir agenda untuk terus memperkasakan wanita.

Dengan format baru yang digunakan di dalam pemilihan agung Umno kali ini, seseorang calon itu perlu memastikan dirinya mempunyai pencapaian yang boleh dibanggakan kerana hampir 150,000 perwakilan akan memilih untuk memastikan baisan kepimpinan mereka.

Adakah seseorang itu masih layak untuk mempertahankan kerusi empuk yang disandang apabila pada PRU12 beliau kalah kepada seorang ‘budak hingusan’?

Adakah sesorang masih layak untuk menawarkan diri sedangkan keluarganya penuh terpalit dengan pelbagai kontroversi?

Adakah sesorang masih layak untuk bertanding sedangkan PRU13 yang lalu beliau tidak terpilih sebagai calon?

Adakah wanita sebegini yang diperlukan WANITA untuk memimpin sayap yang semakin lama dilihat tiada arah tuju.

Perwakilan yang matang wajar memikirkan masa depan parti dan menolak calon-calon yang tidak kredibel yang selama ini telah menjadi liabiliti kepada parti.

Semakin dekat dengan tarikh pencalonan semakin banyak kepimpinan tertinggi diperingkat negeri menyuarakan sokongan terhadap beliau. Tapi apa gunanya sokongan dalaman jika diluar tidak diterima RAKYAT.

Jika perkara ini berterusan, usaha parti untuk menyampaikan mesej kepada rakyat pasti akan menemui kesukaran sama sekali dan sayap Wanita akan terus diperlekehkan kerana gagal memberi bantuan sebaliknya terus menjadi beban.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...