Pages

Friday, November 26, 2010

KONGRES PKR DISABOTAJ: AHLI BUAT PROTES


Kongres Nasional 2010 Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula 26-28 November bakal diselangi dengan protes membantah permasalahan sepanjang proses pemilihan berlangsung. Difahamkan protes itu akan dilakukan oleh sekumpulan ahli dari parti PKR sendiri yang nyata begitu kecewa dengan apa yang terjadi.

Mereka mengadakan kempen 'Selamatkan Keadilan', dan akan mula mengedarkan risalah kepada perwakilan, pemerhati, media dan orang ramai sepanjang Kongres PKR berlangsung. Kumpulan yang dikenali sebagai Suara Anak Muda itu difahamkan akan memakai baju T berwarna hitam, selain riben 'headband' dan 'armband' yang sama warna sebagai tanda protes.

Risalah itu mengandungi fakta serta bukti kepincangan sepanjang proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat dan juga Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC).

Selain itu mereka juga mahu Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diselamatkan daripada terus dikelilingi oleh individu berkepentingan (azmin la siapa lagi) yang menjadi penasihat tidak rasmi Anwar sehingga menimbulkan banyak keputusan yang tidak sepatutnya daripada beliau dan Biro Politik.

Kempen itu katanya bertujuan untuk menarik perhatian pemimpin tertinggi termasuk Presiden PKR dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) supaya mendengar keluhan mengenai proses pemilihan MPP yang dikatakan sebagai demokrasi namun didapati tidak bersifat telus.

Kerunsingan Pemilihan 2010 ini sedikit pun tidak menimbulkan rasa benci terhadap perjuangan PKR, cuma perasaan benci yang meluap-luap itu hanyalah terhadap penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Lebih menjengkelkan apabila ianya seolah-olah dibiarkan berlaku. Apabila keadilan itu dinafikan dalam parti yang berlandaskan Keadilan - apakah makna Keadilan?

Kempen ini bertujuan menyedarkan orang ramai supaya mendesak pemimpin parti memandang serius segala aduan dan masalah yang berlaku di setiap cabang dan sepanjang proses pemilihan.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...