Pages

Friday, May 24, 2013

'Hero' Undi Dua Kali Sudah Kena Game Lah..



Mendapat!!! Ini baru betul mendapat..Apa yang mendapat Ketam? Ini dia..Pastinya ramai dari kalangan kita yang terkejut dengan tindakan seorang pemuda dari Kuantan yang baru-baru ini tampil ala-ala hero mengaku sudah berjaya 'kencing' baik punya petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatkan kertas undi kedua pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.

Terernya mamat ni ditambah lagi dengan sikap jujur, amanah, fatanah, kepala bana dia apabila telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Dalam laporannya itu, mamat bernama Mohd Fadhli Khaharruddin itu mengaku berjaya mendapat kertas undi kedua selepas menanggalkan dakwat kekal di jarinya 5 Mei lalu.

Beliau bagaimanapun tidak memasukkan kertas undi berkenaan ke dalam peti undi dan seterusnya membuat laporan polis untuk menunjukkan kelemahan proses pengundian tersebut.

Laporan itu menyebut, beliau pada awalnya mengundi pada kira-kira jam 10.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap pada 5 Mei.

Beliau kemudiannya kembali ke pusat pengundian sama pada jam 1.15 petang selepas berjaya menanggalkan dakwat kekal.

Dan sejurus mendapat berita tersebut, Ketam yang berasa tercabar dengan penampilan heroic mamat itu selain didorong perasaan dengki yang sinonim dengan orang Melayu jati macam Ketam ni, terus berusaha mendapatkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk mendapatkan reaksi beliau. *Nampak tak gaya bahasa Ketam di situ? :p

Dan kalau dah namanya pon Ketam, mana nak kalah..mestilah bab-bab dengki-mendengki sesama Melayu ni Ketam tak pernah gagal..kekeke..

Menurut Datuk Wan, tindakan mamat itu sebenarnya secara tidak langsung telah mendedahkan yang dirinya telah melanggar dua kesalahan pilihanraya yang nyata iaitu:

- Menipu untuk mengundi dua kali
- Membawa keluar kertas undi secara tidak sah dari tempat mengundi

Sambung


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...